Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APABILA FASIK SEKULAR MULA BERSUARA


Mufti Wilayah Persekutuan disaran tidak campuri urusan
Dr Zulkifli Mohamad Albakri
Mutfti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Albakri

SHAH ALAM - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tidak sewajarnya mencampuri urusan politik berhubung pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 yang dibawakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat.

Ahli Lembaga Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman berkata, pindaan RUU 355 ini adalah merupakan satu isu politik tajaan Pas dan beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan tidak sepatutnya terjerat sama dalam perkara ini.

"Beliau sepatutnya bersama-sama dengan mufti lain mengsyorkan agar isu undang-undang Syariah ini dirujuk kembali kepada Majlis Raja-raja kerana hal-ehwal Islam adalah dibawah bidang kuasa Majlis Raja-raja bukan dibawah bidang kuasa Parlimen," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sebelum ini, Dr Zulkifli memaklumkan bahawa ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong pindaan RUU 355 yang dibawakan oleh Abdul Hadi di Dewan Rakyat.

Abdul Aziz berkata, apabila Zulkifli menggunakan istilah 'wajib', maka kenyataan tersebut sudah menyamai sebagai satu fatwa berikutan kapasiti beliau sebagai mufti.

"Malah kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang dipetik oleh Sinar Harian pada 10 Jun lalu mengenai isu yang sama adalah lebih berhemah apabila beliau hanya menggunakan perkataan ‘saranan’," katanya.

Oleh sebab itu, MPM menyeru agar Mufti Wilayah Persekutuan menarik balik kenyataannya tersebut, atau pun menjauhkan diri daripada menyentuh isu-isu berkaitan politik.

Tambah beliau, mufti Wilayah Persekutuan seharusnya tidak terjerat dalam kancah politik, sebaliknya menumpukan peranan sebagai Mufti dan Penasihat Hal-ehwal Agama Islam kepada Yang di-Pertuan Agong.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.