Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH MASUK GENG TU KENALAH LAWAN RUU 355 BARU LA PAN PARTI ISLAM SEBENAR


Kenyataan Mujahid timbul tanda tanya
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

SHAH ALAM - Tindakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa menyelar Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli al-Bakri berhubung kenyataanya sebelum ini yang menyokong pindaan RUU 355 menimbulkan tanda tanya sama ada beliau terpaksa mengikut telunjuk rakan politiknya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, sekiranya Mujahid tidak bersetuju dengan pandangan mufti tersebut, beliau boleh berbahas dan memberikan pandangan serta hujah secara rasional.

“Beliau boleh sahaja berbahas memberikan pandangan dan hujah secara rasional dan bukannya dengan menyerang kedudukan dan kelayakan mufti untuk memberikan pandangan dalam perkara penting seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Mujahid dilaporkan mengingatkan Zulkifli agar tidak menggunakan kedudukannya dalam menjatuhkan hukum wajib atau tidak berkaitan urusan undang-undang selepas mufti itu mengeluarkan kenyataan mewajibkan semua ahli Parlimen Islam menyokong pindaan itu.


Dalam pada itu, Khairuddin memaklumkan bahawa alasan Mujahid kononnya mufti belum mengetahui perincian cadangan pindaan untuk dikeluarkan hukum adalah sangat dangkal dan mengelirukan.

“Bukankah teks rang undang-undang tersebut telah dibentang di Parlimen iaitu antaranya ‘Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang Syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas selain dari hukuman mati’.

“Apa pula kewajaran sebahagian ahli parlimen dan orang awam di kalangan bukan Islam berkempen untuk menolak cadangan pindaan Akta 355 sekarang sebelum ada perincian dan sebelum dibahaskan?” soalnya.

Ujar Khairuddin, orang awam juga sudah jelas bahawa Akta 355 bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah telah menyekat kuasa Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah Syariah berdasarkan hukum syariat yang sebenar.

Tambahnya, seorang muslim yang sayang agamanya tentunya memahami kewajipan memperkasakan kedudukan Mahkamah Syariah ini secara dasarnya manakala seorang mufti yang mempunyai tanggungjawab pula menjelaskannya dari sudut kewajipan beragama.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pak karamu korokkk

Anonymous said...

Banyok songeh la lebai dedak ni

Anonymous said...

Ada hukum boleh ambik 90juta ka lebai2 ooiiii..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.