Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN INI PERTANDA PRU HAMPIR


Tidak perlu adakan PRU14 tergesa-gesa
Annuar Musa
Annuar Musa

KANGAR - Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak perlu diadakan tergesa-gesa hanya kerana ada isu tertentu menyelubungi negara, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, mandat yang diberikan kepada BN hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan negara berikutan kelembapan ekonomi dunia.

Katanya kerajaan tidak harus terperangkap dengan provokasi pembangkang yang sentiasa memainkan pelbagai isu termasuk isu perkauman supaya segera mengadakan PRU14 sebelum tempoh akhir 2018.

"Kerajaan yang bertanggungjawab mengutamakan rakyat dan perpaduan kaum, berbeza dengan pembangkang yang lebih pentingkan kuasa politik. Saya harap kerajaan sekarang tidak terikut-ikut rentak mereka.

"Bila rakyat memberi mandat, sewajarnya proses demokrasi itu dibenarkan berjalan sehingga akhir tempoh, bukan diganggu-gugat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya kerajaan BN juga wajar memberi peluang kepada parti politik baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyelesaikan pendaftaran mereka dahulu supaya berpeluang bertanding dalam pilihan raya umum.

Annuar berkata, Umno tidak bimbang untuk PRU14 diadakan pada bila-bila masa kerana sentiasa siap siaga.

"Pembangkang sebaliknya tidak akan berhenti mengganggu sehingga jentera kerajaan gagal berfungsi dan rakyat mempersoalkan keupayaan kerajaan mentadbir negara.

"Oleh kerana kerajaan BN lebih bersifat terbuka untuk dikritik dan ditegur, pembangkang seolah-olah tidak peduli masalah rakyat khususnya ekonomi negara," katanya. - Bernama

4 orang berkata:

Anonymous said...

Mana ada dalam islam zina sebat 6 kali atau denda rm5000. Mangarut ruu pas nih

Anonymous said...

Msna ada dlm islam klu curik denda maksimum rm3000? Hadis mana? Ayat Quran mana? Ada??

Mengarut ruu pas nih

Anonymous said...

Aku nak tanya ulamak pas la. Kau punya ruu 355 yg kau cipta tu ada rujuk hudud dlm Quran tak? Klu curi ada potong tangan tak? Klu zina ada kena rejam sampai mati tak? Ada kau rujuk Quran?

Kalau tak sokong hukum buatan manusia pas boleh jatuh iman ker? Ada ayat Quran sebut ncm tu? Surah apa? Ayat berapa?

Bodoh!

Anonymous said...

Isu ruu tu gimik shj. Reputasi pas jatuh teruk kerana berbaik dgn umno sebab tu isu ruu dicanangkan utk naikkan balik sokongan.
Bab tajuk atas dasar menteri umngok bodoh, si pemakan dedak. Slogan "rakyat didahulukan" maknanya segala bastard yg lakukan termasuk korupsi, Rakyat calon diutamakan bayar hutang @ pilihan cebukkan bontot mu!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.