Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAN AJAK SEGERA RUNDING ?


PATUT LA PAN NAK CEPAT RUNDING RUPANYA PAN INTAI KERUSI, ALAH MUDAH JE, MANA-MANA PARTI YANG MEMPUNYAI  LEBIH DARIPADA 15 CAWANGAN DISETIAP PARLIMEN ATAU DUN MEMANG LAYAK LETAKKAN CALON JIKA TIDAK BUAT LA KERJA AMAL BANTU PARTI YANG LAYAK BERTANDING. - Pak Karamu
 
 
Pembangkang perlu segera ke meja rundingan
Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub

SHAH ALAM - Parti pembangkang digesa untuk segera ke meja rundingan bagi membincangkan kerjasama menumbangkan BN.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, formula satu lawan satu adalah cadangan praktikal dan dapat direalisasikan jika semua parti pembangkang mempunyai matlamat sama iaitu menukar kerajaan yang baru.

“Sebelum mencapai kata sepakat tentang siapa bertanding, semua parti pembangkang kena segera bersetuju untuk ke meja perundingan. Selepas itu baru kita boleh berbincang mengenai masalah pembahagian kerusi dan sebagainya.

“Tetapi, syaratnya ialah semua parti pembangkang kena ada satu matlamat yang sama dan kita perlu berganding untuk capai matlamat itu,” katanya.

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, pembangkang perlu bergabung termasuk menggunakan formula satu lawan satu bagi mengalahkan BN.

Beliau berkata, cabaran seperti isu pembahagian kerusi boleh diselesaikan jika semua parti pembangkang mencapai kata sepakat.

“Dalam soal pembahagian kerusi, kita kena letakkan calon boleh menang dan calon yang penting untuk negara.

“Kita juga mesti sepakat memberikan laluan kepada parti-parti lain supaya formula satu lawan satu itu boleh tercapai,” katanya.

Menurutnya, bagi memastikan kejayaan formula itu, semua parti pembangkang perlu  terbuka dan mengetepikan agenda parti masing-masing.

2 orang berkata:

Anonymous said...

ORG KAYA DGN ILMU POLITIK BILA BERSUARA AMAT BERHARGA. ORG YG GILA KUASA MACAM HADI, BILA BUKA MULUT SAJA MACAM ORANG GILA.

PAN LAWAN PIGS

Anonymous said...

Kita doakan gabungan PIGS dapat menang di penang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.