Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PASTIKAN SATU LAWAN SATU ?


Muhyiddin: Pastikan satu lawan satu dalam PRU14
Muhyiddin: Pastikan satu lawan satu dalam PRU14
Muhyiddin bergambar bersama-sama pemimpin pembangkang lain pada Program Siri Jelajah Penerangan 1MDB di Stadium Mini Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Parti pembangkang di negara ini perlu membulatkan tekad dan mengetepikan segala perselisihan faham sesama mereka bagi mewujudkan satu kesatuan dan perpaduan dalam usaha menumbangkan BN.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyatuan yang paling mustahak yang perlu dicapai parti pembangkang adalah dalam memuktamadkan pertandingan satu lawan satu bagi kerusi Parlimen dan Dun  dalam PRU-14.

“Apa yang penting rakan-rakan dalam pembangkang dapat mewujudkan satu persefahaman bahawa untuk menyelamatkan Malaysia kita harus bersatu-padu dan mempunyai tekad dan azam yang sama.

“Kita juga perlu bangkitkan kesedaran kepada rakyat bahawa BN mesti ditumbangkan dan digantikan dengan sebuah kerajaan baru yang boleh membela dan memperjuangkan rakyat,” katanya ketika berucap pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB di Stadium Mini Sabak Bernam, di sini, malam tadi.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, sudah tiba masanya parti pembangkang mewujudkan satu barisan baharu yang bukan saja menggantikan BN, tetapi berusaha meneruskan perjuangan supaya Malaysia menjadi sebuah negara maju dan berjaya serta rakyat mendapat pembelaan dengan adil dan saksama.

“Mungkin ada pihak yang menyebutkan ia Barisan Bersatu atau pun Barisan Rakyat…tidak kira apa nama sekalipun, tetapi muafakat yang hendak kita jalin ini, mestilah muafakat yang kekal supaya kerjasama dapat kita teruskan untuk sepanjang masa,” katanya.

Muhyiddin turut mendedahkan sebelum beliau memutuskan untuk menubuhkan Bersatu beliau telah berbincang dengan ramai rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan, Pas dan lain-lain parti.

“Mereka menyambut baik tentang penubuhan Bersatu. Saya melihat waktu saya ke Kelantan baru-baru ini, sambutan yang agak luar biasa…ini bermakna, mereka sedang menunggu–nunggu dengan penubuhan Bersatu ini,” katanya.

Muhyiddin berkata, dalam kajian beliau, terdapat 67 kerusi terumbang-ambing yang sekarang ini di bawah BN.

“Dalam simulasi yang telah pun dibuat pakar-pakar yang saya lantik, mereka mengatakan kalau ada empat peratus sahaja kerusi ini pusing, maka 45 kerusi ini akan jatuh dan sebahagian besarnya kerusi yang dimiliki BN,” katanya.

2 orang berkata:

An Anonymous said...

Husam pasti tak setuju ni sbb di Kelantan dia nak lawan 3 penjuru utk rampas Kelantan dari PAS.. Memberontak lagilah nampaknya husam lepas ni.. Lepas ni mungkin husam akan kata PAN ni asyik ikut cakap presidennya yg ada masalah performance dan goyang kaki utk bergabung dgn Bersatu hingga dia nak rampas kelantan pun tak boleh kerana PAN hanya menurut kehendak Bersatu agar hanya satu lawan satu di PRU14.

Bersiap sedialah dgn pemberontakan husam pula wahai PAN!

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.