Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEMUA TAHU RUU HANYA UNTUK ISLAM, ORANG KAFIR TAK DE KENA MENGENA,


Kena beri lebih kefahaman Akta 355 bukan hudud
Kena beri lebih kefahaman Akta 355 bukan hudud
Jamil Khir bercakap pada Wacana Sinar Harian, di Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri merumuskan Wacana Sinar ke-41 dengan tajuk 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi' pada akhirnya berjaya memberi kefahaman kepada dua panel bukan Islam mewakili MCA dan DAP bahawa pindaan tersebut hanya melibatkan orang Islam.

Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara sama akan berlaku kepada masyarakat luar sekiranya kefahaman itu dapat disebarkan.

“Kawan-kawan kita saya nampak sudah faham Akta 355 hanya untuk Islam, mahkamah syariah dan tiada kena mengena dengan kefahaman atau kepercayaan orang lain.


“Saya melihat kalau kefahaman ini dapat kita garap termasuk yang di luar sana, mereka dapat melihat Akta 355 itu bukan hudud, bukan potong tangan, bukan potong kaki, bukan rejam.

“Tapi pindaan itu untuk memberi kekuatan kepada mahkamah syariah untuk orang Islam. Hebat orang Islam, baik orang Islam, berjaya orang Islam, ia melimpah kepada rakan-rakan bukan Islam,” katanya ketika sesi rumusan pada Wacana Sinar di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini .

Sebelum itu, kedua-dua panel mewakili DAP, Tan Seng Giaw dan MCA, Gan Ping Sieu membangkitkan soal persepsi dalam kalangan masyarakat termasuk yang beragama Islam berhubung pindaan tersebut.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, memberi kefahaman kepada semua lapisan masyarakat mengenai pindaan itu sangat penting kerana setiap orang memiliki persepsi masing-masing.

“Saya berharap Yang Berhormat Kota Bharu (Datuk Takiyuddin Hassan) fahamlah. Sebab orang ada perasaan (persepsi) terhadap pindaan itu. Apa kandungan pindaan mereka tak faham.

“Yang (mereka) faham, ini (pindaan) yang dibuat mungkin satu hari kelak akan menjadi hudud pula. Inilah perasaan mereka. Kita di Malaysia di dunia moden ini mesti memahami apa perasaan orang Islam dan bukan Islam.

“Saya percaya ramai orang bukan Islam pun tak memahami mengenai pindaan ini. Kalau kata semua orang Islam faham, saya kata itu pandangan salah,” katanya.

Sementara Ping Sieu yang juga Ketua Pasukan Pelaksanaan Dasar dan Undang-undang Syariah MCA bersetuju dengan Jamil Khir berhubung kadar denda maksimum mahkamah syariah rendah.

Namun melahirkan kebimbangan tentang kandungan pindaan itu yang masih belum diketahui.

“Datuk Seri (Jamil Khir) sebut tadi kalau larikan anak dara orang, kena denda RM1,000, RM2,000, RM3,000 itu satu ‘joke’ lah.

“Tapi apa isi kandungannya? Kita tak tahu. Itu yang kita bimbang. MCA bimbang kalau struktur yang termaktub dalam Perlembagaan diubah dengan adanya agenda tersirat daripada Pas. Ini sesuatu yang tidak adil buat semua rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Jamil Khir memberi contoh denda hanya RM1,000 dikenakan ke atas kes bawa lari remaja perempuan, dera isteri dan tidak memberi nafkah kepada isteri di mana ia perlu ditingkatkan seiring peredaran masa.

Tambah Ping Sieu, meskipun fakta jelas mengatakan RUU 355 dengan undang-undang hudud dua entiti berbeza namun masyarakat melihat kedua-dua perkara itu bercampur.

12 orang berkata:

Anonymous said...

Undang2 karut,,,, semua denda dlm nilai rm tu bukan dapat pd tuan tubuh atau orang naya tu,,, tapi dapat pd kerajaan,,,, orang yg naya tu tetap kerugian dlm nilai rm juga,,, apapun tidak dapat,,, berhabis rm lagi ada laa

Anonymous said...

Memang semua orang tahu ianya bukan undang2 Hudud tapi hanya untuk memperkukuhkan kuasa2 dalam undang2 syariah..

Anonymous said...

Apa yg tersurat lagi tersirat dan bebanan menyakinkan sesuatu oleh kelian insan di negara ini adalah, kesan perubahan pindaan RUU 355 yg dibawa olih PAS sebuah parti politik memalui presedenya TGHH, masalahnya pada permulaanya pindaan RUU355 andai diluluskan ia merupakan pintu masuk "HUDUD", yg selama. Ini di Idam dan di rancang olih politik PAS, rata2 umat Islam tidak menolak undang2 Syariah yg terkandung di dalam Hudud itu sendiri, cuma rakyat tidak berkeyakinan perubahan itu datangnya dari sebuah parti politik,.namun rakyat khususnya penganut Agama Islam akan berlapang dada sekiranya apa saja perubahan dalam RUU 355 itu datangnya dari kumpulan MUFTI. MUFTI Malaysia dan bukanya dari parti Politik,.Rakyat tak mahu Agama Islam di politikan,..Bangun dan bersuaralah duhai Mufti2 ku dalam membentangkan enekmen syariah dalam RUU 355,. Lupa kan lah PAS dan TGHH ,.bersama memakmurkan kejayaan Islam Tampa dipengaruhi politik,.

Anonymous said...

Undang2 islam patutnya dibincangkan oleh mufti dan majlis raja2. Raja kan penguasa agama. Ni serah kat ahli politik umno, pas, dap, mca ni apa hal? Kapir ngan ahli politik gila kuasa tak kan la nak suruh buat hukum islam?

Anonymous said...

RUU rasanya tak ada masalah umno bn nak sokong. Tapi kalu hudud tu berat sikit la derang nak sokong.

Aku rasa la

Anonymous said...

KITA RAKYAT NI POM TAK TAU APA MENATANG RUU YG PAS HEBOH SATU DONIA TURRR. DAH TAK TAU MENDA, NAK SOKONG MCM MANER? JADI BENGONG KITA KALU SOKONG BUTA TAK TAU APA MENDA TAH...

Anonymous said...

Ruu tu apa benda?
Cuba cerita sikit...
Apa yg pas nak ubah?

Anonymous said...

Ruu tu apa?
Yg dia nak ubah tu apa dia?
Yg dia org suruh sokong tu, sokong apa?
Yg dia org kata wajib sokong tu, apa bendanya yv nak disokong?

Cer ko cerita kat aku sket.
Klu aku faham barulah aku sokong.

Ontahmano said...

Aik!? Bukan hudud pulak dahh? Hari tu hadi dan walaunta terkinja kinja kata hudud.. apa cerita? Hukum islam jadi mainan politik ke?

Anonymous said...

x sangka pulak ada jugak org yg taksub politik tapi pandai mcm ko..org politik ni 2x5 je..ko serah agama kat tangan dorang habis la,halal haram ikut suka mak bapak dia..kalo dia buat halal,kalo.org lain buat haram.serupa je 2x5 hahahaha

Anonymous said...

Kan PAS ada DHPP... gerakkan la ke seluruh Negara.. adakan dialog.. adakan debat. La ni patut guna DHPP habis-habisan. Kan DHPP dah terima tarbiah ulung dari ulama-ulama terkemuka bertaraf dunia dan global.. atau DHPP pun 'kelam' pasai RUU ni..

Unknown said...

jianbin0924
michael kors outlet
louis vuitton
nike outlet store
mulberry handbags
coach outlet online
canada goose jackets
coach handbags
new balance outlet
ferragamo outlet
coach outlet canada

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.