Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WANITA AMANAH (PAN) BUKAN MUSLIMAH ? OOOO WANITA RUPANYA !


Amanah diminta tumpu usaha tambah ahli
Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

SHAH ALAM - Ahli Parti Amanah Negara (Amanah) diseru menumpukan usaha menambah ahli, meningkatkan penerangan dan membuka cawangan baharu sebelum PRU akan datang.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, ahli parti tidak harus terlalu menumpukan kepada perbincangan terhadap perkara-perkara bersifat sepekulasi atau khabar angin yang tidak sahih.

Katanya lagi, ia boleh mengganggu kerja-kerja membina kekuatan parti.

"Saya ingin menyeru kepada seluruh ahli Amanah agar  tumpukan perhatian kepada tugas kita yang paling utama sebelum berbincang tentang sebarang spekulasi Pilihan Raya Umum (PRU) atau soal pembahagian kerusi.

"Amanah di seluruh peringkat perlu memaksimumkan penggunaan ahli-ahli Jawatankuasa Nasional, Angkatan Wanita Amanah, Pemuda Amanah dan Wanita Amanah memberi penerangan kepada seluruh rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, penyertaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa perlu digunakan untuk meningkatkan lagi gelombang penyertaan masyarakat ke dalam Amanah.


"Gunakan baki masa yang ada ini untuk kuatkan parti dengan menarik ahli seramai mungkin menyertai Amanah menjelang PRU14 akan datang," katanya lagi.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pening pala doh depa tu sbb mengaku islam sebenar tp malu nak guna nama islam.malu@tak rela atas sbb -sbb yg hanya mereka yg tahu.padahal org lain pun tahu
juga sudah mereka tu nak bawa dasar yg
berpaling dr islam yg sebenar.dasar yg sama
spt umno dap n pkr.kepala ketuapun dah tak
betul kepala pro dap bercampur dgn kepala
pro pkr @liberal bercampur lg dgn kepala pro
pas.lalu kenapa kepala kepala ini tak mampu
bercampur utk mencapai kebaikan.ia krn tlah
dikotori atau kepala pro dap terlalu dominan
atau keras kepala.jd kepala yg lain spt tak ada kegunaannya selain jd pak turut yg mengharukan.istiqamah sampai mng adalah jln yg terbaik

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.