Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CALON PAS DITERIMA DENGAN BAIK PENDUDUK K.KANGSAR

Calon Pas akui pengundi makin kenali wajahnya
Calon Pas akui pengundi makin kenali wajahnya
Calon Pas Dr Najihatussalehah Ahmad ketika mengedarkan kurma kepada orang ramai di Bazar Ramadan Arena Square Kuala Kangsar petang tadi. - Foto Sinar Online

KUALA KANGSAR - Memasuki hari pertama berkempen, bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad menzahirkan  keyakinan dirinya akan diterima oleh pengundi di Parlimen berkenaan.

‎Najihatussalehah berkata,  sejak menjalankan kempen bertemu pengundi di awal pagi tadi, beliau yakin  wajahnya sudah 'menusuk' pandangan masyarakat Kuala Kangsar.

"‎Kita akan terus berkempen, kita keluar jumpa masyarakat sejak pagi tadi dengan  mengunjungi pejabat kerajaan dan hospital. Petang ini kita bertemu di bazar Ramadan pula, alhamdulillah mereka (pengundi) amat positif dan terima cara kempen kita dengan baik.

"Untuk makluman saya sudah menjadi Ketua Muslimat Pas Perak sejak 2011, jadi saya rasa orang Kuala Kangsar tidak janggal dengan saya.

"Insya-ALLAH tidak susah pengundi hendak kenal‎ muka saya. Lagi-lagi sekarang mereka makin kenal wajah saya," katanya kepada media ketika diminta mengulas mengenai cakap-cakap yang mengatakan bahawa dirinya tidak dikenali oleh orang Kuala Kangsar kerana beliau berasal dari Parit Buntar, Perak.

Ujarnya lagi, untuk berkempen sepanjang Ramadan ini, beliau akan menggunakan pendekatan mendekati pengundi dengan program-program yang berbentuk keagamaan.

"Kita akan hadir majlis solat terawih,  solat secara berjemaah Maghrib dan Isyak dan kita akan anjurkan program tadarus  al-Quran,"katanya.

PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan  pertandingan empat penjuru di mana Najihatussalehah akan ditentang oleh Datin Mastura Mohd Yazid dari BN, Naib Ketua Amanah Kuala Kangsar, Prof Dr Ahmad‎ Termizi Ramli dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. ‎

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Di kuale kangsor, setiap ramadhan memang ada tadarus kat surau masjid. Pas tak pyh anjur pun, tadarus memang berjln setiap mlm.

Pas tak anjur solat teraweh kat masjid ubudiah ker? Heh3

Anonymous said...

Dulu pas kata haram pilih pempuan jadi pemimpin kita. Skang pas jaja pempuan jadi pemimpin. Pempuan pas tayang muka kat bukan muhrim kat kedau, kat pasor, kat tepi jln...


Org islam pilihlah pemimpin lelaki. Ikut sunah. Ikut mcm zaman nabi. Pemimpin adalah lelaki. Pemouan kat belakang. Pempuan nabi tak pilih jadi panglima perang....org pas dah ikut umno jaja pempuan jadi pemimpin. Bila dah jadi pemimpin keluar rumah, gaul laki pempuan, pakai wangi2, suami tak dijaga. Suami pun dayus.

Kalau nak saham dosa, undilah perempuan jadi pemimpin kamu.

Unknown said...

zhengjx20160708
christian louboutin wedges
cheap toms
nike outlet
toms shoes
true religion outlet
michael kors outlet clearance
louis vuitton outlet
coach outlet clearance
louis vuitton outlet stores
michael kors outlet clearance
adidas originals store
coach outlet store online
christian louboutin sale clearance
gucci handbags
louis vuitton bags
toms shoes outlet online
kd 7 shoes
coach factory outlet
jordan retro 11
cheap oakleys
kate spade
ray ban sunglasses outlet
pandora jewelry
coach outlet online
nike air max uk
michael kors outlet
michael kors handbags
air max
cheap jordans
oakley sunglasses outlet
louboutin femme
ray bans
adidas superstar shoes
michael kors outlet clearance
michael kors outlet online
juicy couture
adidas factory outlet
toms shoes
supra for sale
louis vuitton handbags

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.