Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

INSYA ALLAH


Pas boleh yakin menang
Pas
Seorang penduduk melintasi kain rentang Pas.

IPOH - Pas yakin menang bagi kedua-dua PRK kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar berdasarkan kajianpersepsi dan trend pengundi pada hari pengundian.

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, peluang Pas memenangi dua PRK itu disebabkan rasa ketidakpuasan hati pengundi terutama pengundi- pengundi Melayu.

Katanya, dua hari terakhir sebelum PRK adalah cabaran paling getir kepada jentera untuk mendorong pengundi menterjemahkan rasa ketidakpuasan hati mereka dalam bentuk protes di atas kertas undi.

“Daripada kajian persepsi politik termasuk tahap kepuasanhati terhadap kerajaanyang dilakukan di Kuala Kangsar sebelum hari penamaan calon mendapati pelaksanaan GST memperoleh peratusan tinggi iaitu 59 peratus dan hanya 22.3 peratus bersetuju,” katanya.

Beliau berkata, 83.5 peratus responden di Kuala Kangsar tidak berpuas hati dengan langkah- langkah kerajaan mengatasi masalah kenaikan harga barang dan kos hidup.

Katanya, sesuatu yang menarik dalam kajian berkenaan mendapati populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di bawah paras 50 peratus iaitu 44.2 peratus.

“Peratusan responden Melayu di Kuala Kangsar yang berpuas hati dengan Perdana Menteri lebih rendah, hanya 38.7 peratus. Dapatan ini menunjukkan terdapat faktor penolakan tinggi terhadap BN pada PRK kali ini,” katanya.

Sementara tu, di Sungai Besar, melalui kajian dilakukan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati rasa ketidakpuasanhati tinggi terutama dalam kalangan golongan muda berusia antara 21 dan 40 tahun.

Menurut laporan IDE, 47.4 peratus responden di Sungai Besar tidak berpuas hati dengan Perdana Menteri mendorong untuk tidak mengundi BN, manakala 44.7 peratus tidak bersetuju pendekatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam mengatasi kenaikan kos sara hidup.

Mohd Zuhdi berkata, kajian persepsi pengundi turut dijalankan, bagaimanapun mendapati ketidakpuasan hati rakyat Sungai Besar belum mendorong pengundi melakukan protes di kertas undi.

“Dari kajian itu, BN masih memperoleh majoriti tipis di Sungai Besar disebabkan pengundi Cina kembali kepada BN.

“Sekiranya rasa tidak puas hati ini dapat dikekalkan dan diterjemah melalui pengundian, Pas mempunyai harapan untuk memenangi kedua-dua kerusi,” katanya

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.