Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA TENGOK SAPA NAK KENA


Cubaan fitnah calon BN Kuala Kangsar
Cubaan fitnah calon BN Kuala Kangsar
Gambar yang dikatakan diviral oleh pihak tertentu sebagai senjata terakhir kempen sebelum pengundian esok.

KUALA KANGSAR - Satu gerakan dikesan dilakukan pihak-pihak tertentu yang terdesak menggunakan taktik kotor memfitnah calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu dikesan selepas beberapa gambar satu slip bayaran berjumlah RM500,000 diviralkan menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Katanya, slip bank berkenaan dijadikan bahan kempen seolah-olah Mastura menerima habuan sebanyak RM500,000 pada pilihan raya ini daripada seseorang.

"Gerakan ini adalah satu usaha yang jijik lagi menjengkelkan dengan menggunakan slip bayaran kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners pada tahun 2012.

"Saya telah mengarahkan laporan polis dibuat dengan kadar segera supaya pihak polis dapat membuat penyiasatan.  

"Amat malang sekali dalam bulan Ramadan yang mulia ini, fitnah keterlaluan seperti ini dilakukan bagi mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil ini. Ini merupakan suatu perbuatan yang amat  jelek," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Zambry berkata, slip bayaran yang ditonjolkan sebenarnya merupakan bayaran atau pendahuluan kepada firma guaman Mastura, Yazid Baba & partners, yang mana beliau merupakan seorang rakan kongsi.

Katanya, menjadi kebiasaan untuk sesiapa juga memasukkan wang ke dalam akaun firma guaman atas pelbagai tujuan seperti wang deposit pembelian rumah, bayaran perkhidmatan guaman, pembelian hartanah atau pembelian saham.

Menurut beliau, akaun bank firma, bukanlah akaun peribadi, kerana ia akan diaudit oleh Majlis Peguam setiap tahun.

"Peguam tidak boleh menggunakan wang di dalam akuan berkenaan kerana perbuatan sedemikian melanggar etika seorang peguam dan boleh didakwa mahkamah. Jika didapati bersalah boleh ditarik sijil guamannya.

"Jadi tidak timbul, Mastura terlibat dalam mana-mana aktiviti serta kegiatan yang melanggar undang-undang," katanya lagi.

Dalam perkembangan sama, Zambry meminta pengundi agar tidak terpedaya dengan fitnah tersebut.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.