Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HUSAM AKAN KECUNDANG AN LUMPUH BERSAMA PAN

RAKYAT KELANTAN  TIDAK PERLU DIGESA SUPAYA MENYOKONG PAN, SEBAB RAKYAT KELANTAN TIDAK AKAN MEMBANTU PARTI LUAR MASUK KE KELANTANG DENGAN MEMBUTA TULI, TAMBAHAN DASAR PART LUAR ITU SENDIRIPUN KABUR DAN TIDAK MENEPATI ISLAM. APA PAN DAN HUSAM FIKIR RAKYAT KELANTANG BODOH ? - Pak Karamu



Cadang Takiyuddin ikut di mana Husam bertanding
Takiyuddin Hassan
Takiyuddin

KOTA BHARU - Pemangku Yang DiPertua (YDP) Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir mengakui, parti itu sedia berdepan dengan sesiapa sahaja pada PRU14 termasuk bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang baru menyertai Amanah 31 Ogos lalu.

Menurutnya, beliau mengalu-alukan sekiranya benar khabar angin mendakwa Husam akan bertanding di Parlimen atau Dun di Kota Bharu pada PRU akan datang.

“Saya yakin dengan keupayaan Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan akan dapat menandingi aura yang ada pada Datuk Husam.

“Malah saya akan mencadangkan agar Datuk Takiyuddin yang mengenali Datuk Husam sejak zaman universiti itu bertanding di mana sahaja ahli Amanah itu dicalonkan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, beliau mengikuti perkembangan politik tanah air khususnya di Kelantan termasuk penyertaan Husam ke dalam Amanah.

“Ia bukan sesuatu yang pelik memandangkan bekas YDP Pas Kota Bharu yang juga Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah merupakan antara mentor Adun Salor itu khususnya dalam politik,” katanya.

Beliau berkata, walaupun Husam pernah menjawat jawatan Naib Yang Dipertua (YDP) Pas Kota Bharu sebelum Pas Kubang Kerian ditubuhkan, namun faktor individu tidak banyak memberi impak dalam sejarah perjuangan parti sebelum ini.

“Situasi ini dapat dilihat sejak zaman bekas YDP sebelum ini, Datuk Mohd Asri Muda yang meninggalkan bahtera parti bersama para penyokongnya, namun Pas berjaya memposisikan semula kedudukannya dengan lonjakan yang lebih baik lagi selepas itu,” katanya.

Rosli Allani berkata, beliau akan mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRU14 yang dijangka tidak sampai setahun lagi.

“Kehadiran Amanah mahupun Bersatu mungkin menambah warna baru kepada politik Kelantan dan negara.

“Namun saya yakin dengan kekuatan yang ada pada akar umbi ia mampu memberi cabaran terbaik dalam menghadapi persaingan ini,” katanya.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.