Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEGANASAN BERMULA DI PHILIPHINE ?


Letupan di Filipina adalah tindakan keganasan
Letupan di Filipina adalah tindakan keganasan
Anggota tentera berkawal di lokasi kejadian selepas letupan tersebut.- Foto AP

DAVAO - FILIPINA. Satu kejadian letupan dilaporkan berlaku pada malam Jumaat lalu di kawasan pasar berhampiran bandar Davao yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 mangsa manakala 71 lain cedera adalah tindakan keganasan, lapor agensi berita Filipina.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memaklumkan kejadian letupan tersebut merupakan satu tindakan keganasan dan polis serta tentera telah diberikan kuasa untuk memeriksa kenderaan serta orang awam di kawasan terlibat.

“Kami perlu menghadapi keganasan yang teruk ini dan polis akan mengendalikan kes ini sebagai satu kes keganasan,” kata Duterte ketika mengadakan lawatan di tapak letupan tersebut.

Jurucakap Polis Bandar Davao, Ketua Inspektor Catherine Dela Rey berkata letupan berkenaan berlaku pada hari Jumaat sekitar jam 10 malam waktu tempatan berhampiran Universiti Ateneo de Davao.

Selain itu, pasar berkenaan merupakan lokasi terkenal serta menarik ribuan pelancong pada setiap tahun.

Jurucakap presiden Filipina, Martin Andanar berkata punca kejadian tersebut masih belum diketahui namun komponen bahan letupan telah ditemui di lokasi kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab berikutan daripada kejadian itu namun Duterte menyifatkan ia berkemungkinan merupakan tindak balas daripada kumpulan pelampau.

Selain itu, Andanar memaklumkan mengenai kemungkinan kejadian tersebut mendapat penglibatan daripada kumpulan militan Abu Sayyaf atau raja dadah.

Duterte merupakan bekas Datuk Bandar Davao dan dipilih menjadi presiden pada Mei lalu.

Beliau telah berkempen secara bersungguh-sungguh bagi mematahkan serta mengambil tindakan keras ke atas aktiviti pengedaran dadah di negara berkenaan sejak memegang jawatan presiden. - CNN

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.