Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JIKA WAJIB SOKONG ADALAH BERDOSA JIKA TIDAK SOKONG


Ada kesan Mufti kata wajib sokong RUU 355
Samsul Adabi Mamat
Samsul Adabi Mamat

SHAH ALAM - Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri  yang mewajibkan ahli Parlimen beragama Islam menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 bakal mempengaruhi persepsi rakyat.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, sekiranya ahli Parlimen beragama Islam menolak untuk menyokong, masyarakat Islam pastinya akan mengecam tindakan tersebut.

“Apabila mufti mengatakan wajib, setiap MP menolaknya nanti akan menghadapi pandangan serong atau dikecam dalam kalangan orang Islam.

“Ini kerana pandangan seseorang mufti itu akan memberi pengaruh besar kepada pemikiran masyarakat Islam,” katanya kepada Sinar Online. Zulkifli melalui siri Bayan Linnas: Isu Cadangan Pindaan  Akta 355: Satu Pendapat menyatakan ahli Parlimen beragama Islam wajib menyokong manakala yang bukan Islam perlu menyokong memandangkan pindaan itu membawa ke arah kebaikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan menyifatkan kenyataan Zulkifli sebagai satu pandangan yang mendalam serta teliti yang tidak dipengaruhi emosi.

“Beliau mengatakan di peringkat awal lagi, kita kena cari adab bersetuju untuk tidak bersetuju dalam hal yang berbeza pandangan.

“Jadi, saya rasa walaupun dia mengeluarkan pandangan RUU itu patut disokong, saya yakin dia boleh terima bahawa ada orang yang mungkin berbeza pandangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan ada ahli Parlimen yang akan mengambil kesempatan politik ketika tiba masanya nanti.

“Saya pasti akan ada yang petik pandangan mufti wilayah ini,. Macam biasalah, mereka ini apabila nak ambil kesempatan politik ini, akan petik tiga atau empat perenggan daripada berpuluh perenggan kenyataan mufti ini.

“Saya yakin bahagian pertama akan dilupakan oleh ramai orang ialah bahagian ‘tiada masalah bersetuju untuk tidak setuju’. Kita boleh fahamlah apabila masing-masing nak mencari faedah politik untuk parti masing-masing.

“Jadi, kematangan ilmiah dimiliki Mufti ini mungkin ambil masa untuk sampai ke kepala ahli-ahli Parlimen dan pemikiran rakyat biasa,” katanya.

Sementara Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, setiap ahli Parlimen mempunyai hak untuk bersetuju atau tidak dengan mana-mana RUU yang dibawa ke Parlimen.

“Dalam proses demokrasi, tiada sesiapa boleh mengarahkan kepada MP untuk wajibkan, halal haram dan sebagainya. Hak MP masih lagi...untuk bersetuju atau tidak bersetuju dengan RUU itu,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.