Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RUU BUKAN HUDUD, JIKA BUKAN HUDUD MENGAPA BISING ?


Pindaan Akta 355, bukan sesuatu yang pelik
Pindaan Akta 355, bukan sesuatu yang pelik
Jamil (tengah) sebagai panel dalam Wacana Sinar ke-41, Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pas menegaskan tiada apa yang pelik dengan pindaan Akta 355, yang dibawa usul oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan berkata, ini kerana sekurang-kurangnya terdapat tiga akta ‎yang sama dengan akta 355 di negara ini.

"Saya seorang pengamal undang-undang, saya rasa wajar mengatakan dalam negara kita ini terdapat sekurang-kurangnya tiga akta yang mempunyai 'background' yang sama iaitu pertama Akta Mahkamah Rendah 1948, Akta Mahkamah Kehakiman 1964, dan terakhir Akta Mahkamah Syariah 1965.

"Daripada ketiga akta ini saya mengabungkan sebagai akta-akta bagi tujuan yang sama, jadi saya kira sebagai ahli politik dan pengamal undang-undang  tiada apa-apa yang pelik tentang akta 355 apabila ia dicadangkan melalui satu usul ahli Parlimen bukan kerajaan," katanya dalam ‎wacana Sinar Harian kali ke 41 yang berjudul Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi di Dewan Sultan Muhammad V, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini hari ini.

Ujarnya lagi, untuk meminda akta ini, tindakan ini dibenarkan oleh Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

"Walaupun jarang-jarang berlaku, tetapi Speaker dan Menteri benarkan Ahli Parlimen Marang membuat usul, jadi ini adalah satu proses biasa untuk pinda undang-undang sebab itu tiada perkara yang pelik untuk menjadikan ia satu konflik atau menimbulkan satu kebimbangan," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.