Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

orang besaq bila cakap mana aa pelek mhfuz oi !

Mahfuz: Kenyataan KPN dalam isu MO1 pelik
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

SHAH ALAM – Tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menyifatkan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam isu Malaysian Official 1 (MO1) sebagai kenyataan politik adalah sesuatu yang sangat menghairankan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebaliknya perlu mengambil langkah menyiasat tentang dakwaan tersebut memandangkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dikaitkan dengan MO1.

“Sesuatu yang sangat menghairankan 1Malaysia bila menyatakan polis tidak mahu campur tangan berhubung dengan dakwaan Abdul Rahman Menteri yang Najib adalah MO1 dalam saman sivil  Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB.

“Lebih pelik apabila Khalid menganggap dakwaan tersebut sebagai kenyataan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 1 September lalu, Abdul Rahman menjelaskan semula kenyataannya kepada BBC News, berhubung isu MO1.


Katanya, walaupun istilah MO1 yang digunakan oleh DOJ merujuk kepada Perdana Menteri namun itu tidak bermakna Najib bersalah.

Menurutnya, ramai lagi yang dirujuk oleh DOJ, bagaimanapun, tiada seorang pun termasuk MO1 dinamakan sebagai subjek penyiasatan.

Sementara itu, kelmarin Khalid mengeluarkan kenyataan berkata, pihaknya tidak campur tangan berhubung dakwaan seorang menteri kononnya Najib merupakan individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 dalam saman sivil yang dikemukakan DOJ Amerika Syarikat (AS) berkaitan penyelewengan dana 1MDB.


Khalid berkata, apa juga tindakan mahkamah yang dibuat di AS adalah tindakan sivil dan pihaknya tidak akan campur tangan dalam kenyataan politik tersebut.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.