Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TINJAUAN MENDAPATI BN/UMNO KALAH PRU 14, BERSATU DIANGGAP HEBAT ?


Dakwaan BN hilang 45 kerusi PRU14 tidak tepat
Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin dan Abdul Rahman Dahlan

GERIK -  Dakawaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembangkang boleh menang 45 kerusi BN dengan hanya sokongan kecil pengundi pada PRU14 adalah tidak tepat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan sebaliknya berkata sokongan pengundi terhadap pembangkang mungkin merosot susulan perpecahan dalam pakatan pembangkang.

Malah, menurut Abdul Rahman semasa Muhyiddin menjadi pengarah jentera pilihan raya BN, beliau telah memberikan taklimat dan berkeyakinan bahawa BN akan menang beberapa kawasan yang dianggap sukar.

"Saya hendak ingatkan bahawa apabila adanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia ia tidak akan ambil ahli UMNO tetapi menarik serpihan daripada parti pembangkang.   

"Jika ini berlaku ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan saya yakin ahli Umno tidak akan ikut Muhyiddin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Gerik di Pengkalan Hulu dekat sini hari ini.

Muhyiddin dalam satu majlis di Selangor semalam berkata kajian beliau mendapati 67 kerusi terumbang-ambing di bawah BN dan jika empat peratus daripada kerusi itu 'swing' (berubah angin), maka 45 peratus kerusi BN akan jatuh kepada pembangkang.- Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.