Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG CINA DI MALAYSIA, SEBUT SAHAJA RUU DAN ISLAM MEREKA MENYINGA


DAP: Adakah RUU 355 pintu belakang hudud?
Dr Tan Seng Giaw
Dr Tan Seng Giaw - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM - Isu Rang Undang-undang (RUU) 355 atau Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 adalah persoalan yang agak berat dan mengelirukan bagi masyarakat bukan Islam.

Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, mereka mempunyai persoalan sama ada RUU ini merupakan pintu belakang bagi pelaksanaan hudud di negara ini.

"Soal hari ini bukan soal RUU sahaja. Kita mesti pandang ke seluruh negara tentang apakah perasaan masyarakat bukan Islam ke atas RUU ini

"Sebelum kita bahas tentang RUU, ia sudah pun tersebar luas di seluruh negara menerusi media sosial.  Adakah RUU ini pintu belakang (pelaksanaan) hudud?," katanya dalam Wacana Sinar Harian 'Pindaan Akta 355: Antara Realiti dan Persepsi' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Menurut ahli parlimen DAP itu, isu RUU yang dibawa oleh Pas telah menimbulkan persepsi tertentu terhadap kerajaan dan Pas.

"Ada persoalan mengapa Pas yang bentang RUU ini bukan kerajaan?

"Hingga timbul persepsi Pas dengan Umno sudah bersama. Itulah persepsi yang timbul sekarang," katanya lagi.

Sebagai pihak yang lebih berpengetahuan dalam soal RUU, kata Seng Giaw, Pas mesti tahu bagaimana hendak mententeramkan hati yang gelisah tentang pelaksanaan RUU.

"Saya tidak akan mendalami masalah ini dengan undang-undang.

"Saya di sini memang hendak semua pihak memahami dengan sebenar perasaan masyarakat bukan Islam di negara ini.Maklumlah di Malaysia kita mesti wujudkan falsafah kesederhanaan, Wasatiyyah," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.