Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAN JADI PELAWAK BANGANG ! PAN HANYA SYOK SENDIRI


Wednesday, September 07, 2016

TAWARAN KEPADA PARTI MAHATHIR-MUHYIDDIN !

Jika kita hanya sekadar membaca tanpa menyelidik fakta yang sebenarnya, kita tentu akan 'kagum dengan jiwa besar' parti PAN, parti serpihan PAS.


Parti Amanah Negara (Amanah) sedia memberi laluan kepada parti yang baharu ditubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk bertanding menentang PAS dan UMNO di kerusi majoriti Melayu.
"Mereka (Bersatu) akan bertanding di kerusi majoriti Melayu dan Amanah (akan) mengambil tempat di kawasan pengundi bukan Melayu yang agak besar."
Tetapi jika kita fikirkan, parti PAN ini tidak mungkin mampu untuk menganggu gugat kerusi-kerusi yang dipertandingkan di antara PAS dan UMNO sebelum ini. Jika merujuk kepada keputusan PRU13, 65 kerusi telah dipertandingkan di antara UMNO dan PAS tetapi kita perlu ingat bahawa pada ketika itu, PAS masih lagi di bawah Pakatan Pembangkang.

44 kerusi telah dimenangi oleh UMNO dan PAS menang 21 kerusi. Dan jika lihat pola pengundi, kerusi-kerusi tersebut adalah kubu kuat UMNO atau pun PAS. Dan beberapa kerusi Parlimen akan dipertandingkan oleh parti Muhyiddin-Mahathir seperti parlimen Paguh (jika Muhyiddin masih mahu bertanding di parlimen itu) TANPA perlu mendapat izin daripada parti PAN.

Malah di Selangor, PAS telah menyatakan pendirian untuk tidak memberi sebarang kerusi DUN kepada parti parti serpihan PAS itu! Tambahan pula, parti PAN hanya sekadar parti suruhan DAP dan mereka telah malu besar sebelum ini. Kesemua calon PAN kalah pada PRN Sarawak yang lepas dan 11 calon PAN hilang wang deposi masing-masing.

Kerana itu juga, kenyataan PAN yang 'berjiwa besar memberi laluan' kepada parti Munyiddin-Mahathir hanya mendatangkan senyum sinis dan gelak ketawa rakyat.

Malah kenyataan PAN ini juga dilihat sebagai cubaan untuk mengambil hati parti PAS supaya PAS tidak bertanding di kerusi parlimen yang akan diberi kepada parti PAN. Tambahan pula, ahli-ahli Parlimen PAN hari ini sebenarnya menang atas tiket PAS dan dibantu oleh jentera PAS pada PRU yang lepas.

Lihat carta di bawah kerusi Parlimen di antara UMNO dan PAS pada PRU13 yang lepas. Dan apakah kerusi-kerusi ini yang akan direbut oleh parti Mahathir-Muhyiddin?


 
Dalam masa yang sama, jika benar parti PAN tidak akan bertanding di kerusi-kerusi itu, anya bermaksud bahawa PAN akan mendapat kerusi Parlimen yang sebelum ini diberikan kepada parti PKR dan DAP.

Apakah mereka terutamanya parti cauvinis DAP sanggup merelakan perkara ini?

Kita tentu tidak yakin bahawa parti DAP akan sanggup melakukannya. Contohnya sudah ada iaitu apabila DAP tidak sanggup untuk memberi kerusi DUN kepada PKR hingga menyebabkan cadangan Guan Eng DAP untuk mengadakan Pilihanraya negeri mengejut tidak kesampaian.

Malah, apakah parti Muhyiddin-Mahathir akan hanya bertanding di kerusi PAS-UMNO sahaja tanpa membuat kiraan yang mereka mungkin akan kalah di kerusi-kerusi tersebut?

Bukan itu sahaja, drama di antara Dr Mahathir Mohammad dan Anwar Ibrahim di dalam Mahkamah Tinggi baru-baru ini dikritik hebat oleh rakyat tetapi juga puak Reformasi yang merasakan mereka tertipu. 

18 tahun mereka mengutuk dan menghina Mahathir serta melakukan apa sahaja untuk Anwar Ibrahim tetapi segalanya itu sudah layak dibuang ke dalam tong sampah.


Yang pastinya akan berlaku pertandingan 3 penjuru pada PRU14 nanti. Dan apakah Dr Mahathir akan bertanding kelak?

10 orang berkata:

Anonymous said...

Mungkin sekarang macam-macam kata-kata dikeluarkan tapi tunggu sahaja PRU14 nanti. Kita lihat parti mana akan melukut ditepi gantang, bagi parti-parti baru kalah perkara biasa tapi bagaimana pula parti-parti otai? Semoga Allah memberikan pengajaran kepada golongan yang riak dan sombong.

Anonymous said...

Kelantan gerenti terbang punyer... otai2 pas boleh tukar keja tangkap sotong laa..

Anonymous said...

Pak karam.....
Nak tanya bole ker?
Ruu yg walaunta kata wajib sokong tu menda apa?
Pak karam tau ker ruu yg hadi nak bentang tu menda apa?
Pak karam boleh cite ker hal2 yg nak dia ubah tu?
Kawe tak sokong sbb kawe tak tau natang apa ruu tu. Kawe tak nak sokong membuta jah...

Mungkin kalu pak karam cite, kawe bole paham. Mungkin kawe bole sokong.

Nak tanya pak karam...
Kalu kita tak tau menda se habuk pun natang ruu turr, kita pun wajib sokong ker???

Tak tau menda pun dosa ker kalu tak sokong? Cibai betol walaunta neh..

Anonymous said...

Paspispus pom buat lawak gila babi.
Nak masuk pilihanraya tapi tak nak menang.

Apa punya bengappp laaaa

Anonymous said...

Dgn kerjasama pkr, bersatu, dap, atas pagar dan org2 yg dah fedup dgn umno dan pas, kemungkinan Amanah nak pelingkup pas memang besar sekali.
Bukan lawak tapi keyakinan.

Usaha, doa, tawakkal. InshaAllah.

Anonymous said...

Ruu yg nak bentang tu hudud ker bukan?? Kalu bukan hudud aku yakin umno sokong. Tapi kalu hudud aku tak yakin dgn umno neh.

Anonymous said...

Undang2 agama islam ni bg aku lebih baik kalu serah kpd mufti dan majlis raja2. Derang yg jadi payung agama islam. Ni ko nak serah mintak sokongan kat ahli politik umno, pas, dap, mic, mca ni apa hal??

Anonymous said...

Dalam RUU yg hadi nak bentang tu ada tak hukuman bagi orang yang maki orang dgn perkataan "barua, makan babi goreng, dapigs, berimamkan dap" dll??

Kalu ada memang wajib kita sokong.

Anonymous said...

Eh meroyan pulak puak pan dap.selagi kepala taik pro dap jd ketua taik selagi itu lah pan akan jd hamba abdi dap.jika husam tak dpt ganti mat sabut.husam akan jd kusam.jd taik semua yg jd pak turut kepala taik macam taik mujahid yg dok sibuk kutuk mufti demi harap ucap tahniah dr dap.husam jgn kan kelantan hendak ditawan jawabnya kerusi adunpun akan terbang melayang hempuk kepala hang n hangpa semua pantaik

Anonymous said...

Berlagak sungguh paspispus. Tunggu!
ex Pas Johor

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.