Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APAPUN TAHALUF TERPUTUS


Tindakan Rani bukti Pas amal politik matang
Iskandar Abdul Samad
Iskandar Abdul Samad

SUNGAI BESAR – Kehadiran calon Pas, Dr Abdul Rani pada program Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama calon Parti Amanah Negara (Amanah), Azhar Abd Shukur disifatkan sebahagian budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa parti itu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Abdul Rani yang hadir ke Program Iftar Perdana di Dewan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang adalah atas kapasitinya sebagai Adun Meru bagi meraikan kedatangan menteri besar.

“Kita dah bincang sebelum itu..kita rasakan bahawa calon kita (Abdul Rani) patut pergi sebab yang hadir adalah menteri besar.

“Beliau (Mohamed Azmin) hadir pun tak memakai baju yang melambangkan parti,” katanya pada Sidang Media di Markaz Pas Simpang Lima.

Ditanya adakah Abdul Rani bakal dikenakan tindakan tatatertib sepertimana dilaporkan di laman sosial Facebook, Iskandar menjelaskan, kenyataan yang tersebar itu adalah palsu dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

“Saya harap semua pihak tak percaya pada WhatsApp yang diviralkan bahawa ada sebahagian Dewan Ulamak Pas mengecam tindakan Abdul Rani yang hadir ke majlis itu dengan minta pengundi terutama penyokong Pas tak beri sokongan kepada Pas.

“Ini satu tindakan terdesak oleh mereka yang terpaksa mengeksploitasi isu ni,” katanya. Sementara itu, Abdul Rani dalam sidang media sama menjelaskan, beliau hadir ke majlis itu atas sebab beliau seorang Adun dan di bawah satu kerajaan negeri yang sama.

Ditanya adakah beliau kecewa selepas Timbalan Presiden PKR itu mengumumkan akan memberikan sokongan penuh kepada calon Amanah, Abdul Rani berkata, tidak timbul soal kecewa berhubung dakwaan terbabit.

“Saya tak kecewa dan sangat gembira sebab beliau (Mohamed Azmin) bukan saja sokong, malah turut mendoakan saya dan beritahu saya dah buat kerja dengan baik dalam kerajaan negeri,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin menyatakan secara jelas menyokong calon Amanah sebagai calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar pada 18 Jun ini dan turut mendoakan Abdul Rani agar tidak bersedih.

1 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.