Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PARTI AMANAH PECAH UNDI, AMANAH PARTI ISLAM ? NAK BOHONG RAKYAT ???

Nik Abduh: Pas parti Islam. Amanah bukan?
Nik Abduh: Pas parti Islam. Amanah bukan?
Nik Mohamad Abduh tengah ketika berucap dalam program santai bersama pemuda malam tadi.

KUALA KANGSAR - "Amanah (Parti Amanah Negara) nak dakwa dia parti Islam. Biarlah dengan dakwaannya itu," kata Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa tidak boleh ada dua parti politik Islam di negara ini, melainkan Pas.

Ini kerana menurut Nik Mohamad Abduh, perjuangan Pas dalam menegakkan syiar Islam adalah konsisten, memiliki ulama di dalam parti dan perjuangannya masih belum menyimpang.

Berbanding dengan Amanah, Nik Mohamad Abduh berkata, perjuangan dan pendekatan parti itu jauh tersasar berbanding Pas.

Katanya, kewujudan parti Islam lebih daripada satu bukan memberi kebaikan kepada ummah tetapi hanya menyebabkan perpecahan penyatuan ummah.

"Hari ini Pan kata dia parti Islam. Ikut dia la nak dakwa. Tetapi pecah undi Islam ini siapa nak bertanggungjawab?Takkan nak salahkan Pas?

"Pas sudah 65 tahun, tidak terbukti tergelincir, ulama masih teguh bersama Pas, ahli masih ramai bersama Pas. Takkan nak salahkan Pas?," katanya ketika program santai bersama pemuda di Kampung Hulu Ketior, malam tadi.

Beliau berkata, sekiranya mahu Islam bertapak di Malaysia, undi perlulah diberikan kepada satu parti Islam.

"Maka tidak boleh ada dua parti Islam walaupun boleh ada 1000 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) kerana 1000 NGO tidak merosakkan kesatuan ummah.

"Yang rosak adalah apabila undi ketika bertembung dalam pilihanraya memilih pemimpin, kita pecah undi, manakala orang yang tidak mahu Islam, bersatu undi," katanya.

Dalam perkembangan lain katanya, menolak parti pemerintah, BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar merupakan satu jihat.

"Maknanya apabila kita sahkan pemimpin ini tidak layak, bukan kita nak bunuh dia, bukan kita nak hancurkan dia.

"Kita nak turunkan dia. Sebab nak jadi pemimpin, kita yang angkat. Bila kita angkat, kitalah yang akan turunkan. Menggunakan tangan, mengambil pensel memangkah itu adalah sebaik-baik jihad," katanya.

2 orang berkata:

IBU,FITRI SULISTIAWATI said...

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

Anonymous said...

Syukur akhirnya Pas akan menubuhkan Islamic State di Malaysia

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.