Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALO AKU, MEMANG KASI PATAH RIUK, NEGARA NI DAH BANYAK MAKSIAT, TUNGGU BALA DARI TUHAN

Wednesday, February 17, 2016

Biadapnya Pendatang Asing Ni.. Dikhalayak Ramaipun Berani Mencabul.. (Video Inside)


Hati siapa dapat bersabar jika inai masih merah di jari dan kemeriahan kenduri kahwin masih dirasai tetapi tiba-tiba isteri sendiri dicabul di tempat awam? Dan suspek itu pula dipercayai lelaki warga asing.

Itu dihadapi vokalis kumpulan Genji Buskers, Mustam Mustapa malam tadi.

Bercakap kepada Malaysiakini Mustam berkata dia baru saja berkahwin dengan isterinya lima hari lalu.

"Kami sedang bersiap-siap untuk membuat persembahan di depan Kompleks Sogo apabila seorang lelaki warga asing datang dari arah belakang memeluk isteri saya.

"Mula-mula saya sangka lelaki itu rakan peremuan kami rupa-rupanya lelaki yang langsung tidak kami kenali," katanya.

Terbaring berdarah

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Mustam yang terkejut dan berang terus meluru ke arah suspek dan memukulnya.

Serangan itu menyebabkan lelaki terbabit pengsan di kaki lima.

"Saya pukul sebab tak dapat kawal kemarahan," katanya.

Melihat keadaan lelaki terbabit terbaring dan berdarah, Mustam mengakui dia agak bimbang.

"Takut juga dia mati," katanya.

Selepas disemak secara sepintas lalu suspek terbabit dipercayai lelaki warga asing dari Nepal.

Insiden berkenaan berlaku ketika orang ramai dimaklumkan mengenai rancangan kerajaan membawa masuk kira-kira 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini bagi memenuhi permintaan sektor perladangan dan perkhidmatan.

Mengulas kejadian yang berlaku kira-kira lima minit itu, Mustam berkata, dia ditenangkan oleh anggota polis bantuan bagi meleraikan pergaduhan itu.

Suspek kemudian diangkat dari situ untuk tindakan lanjut.

Kata Mustam, sebenarnya dia berasa agak malu berkongsi cerita berkenaan tetapi mengenangkan keberanian warga asing melakukan perbuatan biadab begitu amat sukar untuk diterima.

Susulan dari kejadian tersebut, Mustam membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 1 pagi tadi.

Sementara itu, ditanya mengenai hasrat kerajaan mahu membawa 1.5 juta warga Bangladesh ke negara ini, Mustam segera membantah keras.

"Warga asing sangat bahaya. Saya tak boleh terima, tidak relevan, dan kita takut mereka digunakan untuk tujuan terselindung. Misalnya untuk pilihan raya umum akan datang.

"Selain itu, ia juga tidak relevan sebab industri kita juga kekurangan pekerja, dan belia kita juga ramai yang menganggur," katanya lapor MalaysiaKini
Ayat yang perlu kita rakyat Malaysia renungkan bersama... “Bapak-bapak menteri sekalian, anak ‘korang’ mungkin ada ‘bodyguard’ (pengawal peribadi).

‘Kitaorang’ rakyat jelata marhaen, biasa ni nak jalan sudah tidak selamat. Hendak cari makan dah tak selamat.”

1 orang berkata:

Unknown said...

Tahniah atas tindakan pantas saudara.semoga kejadian ini dijadikan ikhtibar temutamanya kpd pemimpin krj yg ingin membawa masuk ramai warga asing walaupun alasan utk menjayakan sektor2 ekonomi tertentu.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.