YANG JADI MASALAHNYA TAJUK BELAH TENGAH, MASYARAKAT TAK TAHU PENDIRIAN MAZHAB YANG MENJADI PUNCA DIBENCI DAN DI TOLAK DAN SEBAB-SEBABNYA, PADA DASARNYA DEBAT TIDAK MEMBAWA KEPADA FAEDAH, CER CERITA APA BAIKNYA BERMAZHAB WAHABI ? DAN KENA TERANGKAN MENGAPA WAHABI MUNCUL DAN SEBAB-SEBABNYA - Pak Karamu
Tauhid tiga dilabel sebagai punca teroris
KUALA LUMPUR - Proses pembelajaran tauhid tiga serangkai di Malaysia
iaitu Rububiyyah, Uluhiyyah dan Asma' Walsifat dilabel sebagai punca
kepada aktiviti terorisme.
Pensyarah dari Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Muhamad
Rozaimi Ramle berkata, tafsiran tersebut tidak seharusnya berlaku kerana
tiada sebarang bukti mengatakan tauhid tiga itu punca kepada lahirnya
individu yang berpegang kepada ideologi itu.
"Apabila kita bercerita tentang terorisme, sekarang ada usaha mengatakan tauhid tiga serangkai sebagai punca kepada terorisme.
"Belum ada kenyataan yang mengatakan tauhid tiga ini boleh membawa kepada keganasan.
"Selama berpuluh tahun kita belajar tauhid tiga di Malaysia, saya tidak
pernah jumpa lagi orang di Malaysia dikaitkan dengan keganasan
semata-mata kerana tauhid tiga ini," katanya dalam Diskusi Santai
Ekstremisme Agama di Malaysia yang diadakan di Dewan Seroja, Kelab Golf
Perkhidmatan Awam, malam tadi.
Katanya, tauhid tiga itu adalah metodologi dan tidak menjadikan seseorang itu sebagai pengganas.
"Ada sebab mengapa orang suka menjadi pengganas antaranya adalah mereka bersifat jahil.
"Selain itu, perasaan taksub kepada mazhab dan merasakan diri mereka sentiasa betul," katanya.
Dalam pada itu katanya, ada juga pandangan silap mengatakan bahawa
tauhid tiga ini juga sebagai kredit mudah untuk mengkafirkan seorang
Muslim.
Muhammad Rozaimi berkata, sebenarnya terdapat golongan yang mempunyai
beberapa sikap yang sering mengkafirkan seseorang Muslim dan ia tidak
mempunyai kaitan langsung dengan tauhid tiga.
"Golongan itu antaranya jahil dan tidak bersetuju dengan pendapat bahawa perbuatan mereka silap.
"Jika dikritik, mereka akan halang individu itu dari terus bersuara dan dianggap sebagai kafir," katanya.
1 orang berkata:
cheap real jordans
michael kors handbags
nike air max
kobe 9
yeezy sneakers
basketball shoes
michael kors outlet
adidas ultra boost
reebok outlet
nike air force 1
achang
Post a Comment