KALO ORANG AGAMAPUN BERMUSUH MUSUHAN APA LAGILAH ORANG YANG TAK FAHAM AGAMA, CER FIKIR-FIKIR, APA SUDAH JADI PEGANGAN UMAT ISLAM ? NAK PAKAI MAZHAB KE TAK ? KALO TAK PAKAI MAZHAB SAH KE ISLAM ? KALO PAKAI MAZHAB SAH KE ISLAM ? MAZHAB MANA YANG PALING BETOI ? SALAF BETOI KE KHALAF BETOI ? MEH KASI PERANGAT SIKIT, ZAMAN SALAF ADA APA ? ZAMAN KHALAF ADA APA ? GOLONGAN TERDAHULU BETOI TAK ? GOLONGAN TERKEMUDIAN SALAH KE ? SEMUA GOLONGAN MASUK NERAKA KECUALI SATU, APA ITU SATU ? KALO DEBAT TAK JADI RAMAI MASUK NERAKA, KAN, KAN, KAN - Pak Karamu
Zamihan terima notis 24 jam bertukar ke Jakim
SHAH ALAM - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia
(Aswaja), Zamihan Mat Zin ditukar ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) berkuatkuasa 24 jam.
Katanya, surat pertukaran itu diterima hari ini dan merasakan
pertukaran itu adalah berkaitan dengan isu kontroversi debat antara
beliau dan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
"Ya betul, saya akan ditukarkan dan perlu lapor diri pada Khamis ini.
"Jakim sudah keluarkan surat kepada saya, arah bertukar 24 jam ke Jakim," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Zamihan kini bertugas di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam pada itu, katanya lagi dia akan meminta pandangan daripada
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan
pertukaran ini.
"Saya tak akan buat rayuan ini, ia ada kaitan plot nak tukarkan saya.
"Saya nak tanya Datuk Seri (Ahmad) Zahid macam mana kalau dia masih
perlukan saya di sini (KDN)...kalau tidak saya angkat kaki dari
perkhidmatan awam," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment