New Zealand bergegar lagi
DUNEDIN - NEW ZEALAND. Hanya selang dua hari susulan kejadian gempa
bumi di Chrischurch, satu gegaran berukuran 6.0 magnitud telah melanda
kawasan luar pantai selatan New Zealand awal pagi ini, lapor Dailymail.
Kejadian gempa bumi pada kedalaman 10 kilometer itu telah melanda di
sekitar 160 kilometer selatan barat Pulau Snares kira-kira jam 8.28 pagi
tadi
Gegaran berkenaan turut dirasi berhampiran kawasan Roxburgh, Invercargill, Dunedin dan Christchurch.
Penduduk turut melahirkan rasa kebimbingan ekoran daripada gegaran itu
selepas daripada peristiwa kejadian gempa bumi yang mengegarkan
Christchurch beberapa hari lalu dengan magnitud 5.7 sehingga menyebabkan
debu-debu kelihatan di ruang udara bandar berkenaan.
Seorang penduduk di Dunedin, Irene- Síomhaith West menulis di laman
Facebooknya dengan mengatakan bahawa kejadian gempa bumi yang melanda
itu telah menyebabkan dia tersedar selepas merasai gegaran yang berlaku.
Ahli seismologi GeoNet pada mulanya mengukur gegaran tersebut berada
pada tahap 4.4 magnitud, namun setelah hasil semakan semula mendapati
ia menunjukkan peningkatan kepada 5.3 magnitud dan bacaan akhir adalah
pada 6.0 magnitud.
0 orang berkata:
Post a Comment