Lantikan Haron Din: Ini masalah hati, bukan masalah politik
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad 'naik hairan' dengan
cakap-cakap orang yang masih 'bising' serta mempertikaikan perlantikkan
Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster dakwah dalam
Majlis Perundingan Islam (MPI).
Ujarnya, ini bukan perkara baru Haron menganggotai jawatankuasa kerajaan.
"Walaupun menjadi calon Pas dan Ahli Majlis Syura beliau pernah
dilantik sebagai Ahli Majlis Fatwa Perlis. Adakah satu penghinaan,
sedangkan yang menjadi Pengerusi Majlis Fatwa Negeri ialah mufti.
"Walaupun beliau pemimpin Pas, tetapi beliau lebih dilihat seorang
ilmuan agama yang dihormati daripada kawan dan lawan. Beliau seorang
yang cukup dihormati juga di kalangan istana. Ramai tokoh-tokoh korporat
rapat dengan beliau sejak dahulu hingga sekarang.
Mungkin ini
pendekatan beliau dalam berdakwah, yang pemimpin Pas tidak boleh
lakukan," katanya dalam satu kenyataan.
Lantikan Haron dibuat 13 Februari lalu oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Haron Din dilantik ketua kluster dakwah MPI]
Tambahnya, pelik juga orang yang menuduh macam-macam kepada Haron, kerana rapat dengan orang atasan. Adakah salah?.
Menggulas lanjut, Idris berkata Pas telah mengambil pendekatan
"muwajahah silmiah" untuk menggunakan pelbagai platfom untuk menarik
sokongan.
"Ada di kalangan ahli Pas bersama NGO, PIBG, Persatuan Penduduk, AJK Masjid, dan AJK badan kebajikan di pejabat kerajaan.
"Semuanya berperanan, walaupun Jawatankuasa tersebut bercampur dengan
ahli Umno. Apa yang penting pengaruh dakwah dan fikrah perjuangan dapat
disampaikan," katanya.
Mana-mana ahli Pas yang berada di mana-mana posisi kena berperanan, syaratnya jangan masuk Umno," katanya.
Dalam pada itu, katanya sekolah Pas turut mengambil aliran perdana
sebagai silbus pengajian adakah bererti Pas mengukuhkan Umno.
"Berapa ramai di kalangan orang Pas yang memegang jawatan di dalam
peringkat kementerian, turut merangka dasar, adakah mereka boleh dituduh
mengukuhkan kepimpinan Najib. Tentunya tidak.
"Mungkin ada yang menjawab, ini analogi yang tidak betul. Yang
betulnya apa? Yang betulnya kerana memang aku tidak suka individu di
dalam Pas. Buatlah macam mana pun aku tidak setuju," katanya.
Katanya lagi, kalau orang yang aku setuju, hendak bekerjasama dengan
Umno dan Tan Sri Muhyiddin Yassin pun tidak mengapa kononnya atas alasan
Selamatkan Malaysia.
"Hendak buat konsensus nasional pun tidak mengapa. Kalau pimpinan Pas
terus dikatakan Pas sudah hendak berUG (kerjasama politik). Ini masalah
hati, bukan masalah politik," katanya.
2 orang berkata:
Sudah terang lg bersuluh..x payah kelentong lah lebai..
Lebai2 Pas ni baik jadi labi2 sahaja.
Post a Comment