Dr Rozaimi: Saya datang atas jemputan
KUALA LUMPUR - Pensyarah dari Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sains
Sosial dan Kemanusian Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr
Muhamad Rozaimi Ramle memaklumkan bahawa beliau menyertai Diskusi Santai
Ekstremisme Agama di Malaysia adalah atas jemputan daripada pihak
penganjur.
Menurut beliau, pihaknya tidak mewakili mana-mana pertubuhan dan hanya
memenuhi jemputan sahaja bagi turut serta dalam program anjuran Sinar
Harian tersebut.
"Saya ke sini seorang diri dan tak mewakili mana-mana pertubuhan Islam di negara ini," katanya.
Rozaimi dipilih sebagai panel kedua dalam program diskusi santai
berkenaan bagi menggantikan Presiden Ahli Sunnah Wal Jammah(Aswaja),
Zamihan Mat Zain.
Selain daripada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Shahidan Kassim kelihatan turut serta dalam program diskusi santai
berkenaan.
Shahidan sebelum ini menjadi orang tengah dalam kontroversi yang
berlaku antara Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan Zamihan dan
merancang menganjurkan wacana ilmiah di antara kedua tokoh ilmuwan itu.
1 orang berkata:
Muuuuuuuurah kepala hatok hang.mmuuuuuuu pppuuuuu kkkiiiiiii maaaakkkk hang
Post a Comment