SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengadakan
 pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di 
Yayasan Al-Bukhari, Kuala Lumpur, hari ini.

Mahfuz berkata, pertemuan selama sejam bermula jam 9 pagi itu bertujuan
 untuk membincangkan masa depan politik di negara ini.

“Kami bersependapat dalam perbincangan yang semua pihak perlu melihat 
ke hadapan untuk selamatkan negara ini.

“Kita semua mesti gerakkan semua pihak merentasi ideologi politik, agama
 dan bangsa untuk memperbaiki negara ini,” katanya kepada media 
menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Mahathir seperti yang dilaporkan media sebelum ini agak lantang mengkritik
 pentadbiran dan pengurusan negara dibawah pemerintahan Perdana Menteri
, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mahfuz pula selama ini banyak mengkritik pentadbiran Najib serta banyak
 menyokong bekas Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir sewaktu 
Kedah dilanda krisis menteri besar.