Gegaran dirasai, gempa bumi lemah di Lahad Datu
KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter di
luar pantai Lahad Datu pagi tadi telah menyebabkan gegaran dirasai di
kawasan terlibat.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, walau bagaimanapun tiada ancaman
tsunami berikutan gempa yang berlaku pada 10.36 pagi tadi.
Pusat gempa itu terletak di 4.9 darjah Utara dan 118.5 darjah Timur
iaitu 25 kilometer Tenggara Lahad Datu, menurut jabatan itu dalam satu
kenyataan di sini, hari ini. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment