Polis telah kenal pasti lelaki tunjuk kapak
SEREMBAN – Polis telah pun mengenal pasti identiti suspek lelaki yang
menunjukkan kapak kepada pasangan suami isteri di persimpangan lampu
isyarat Jalan Sungai Ujong di sini, semalam.
Aksi lelaki berusia 19 tahun itu sempat dirakam oleh mangsa dan kini
telah pun menjadi viral di laman sosial sehingga menarik perhatian
netizen.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun
berkata, mangsa telah pun membuat laporan polis kira-kira jam 10.12
malam.
“Suspek telah pun dikenal pasti dan tangkapan akan dilakukan. Kes ini
berlaku kira-kira jam 3 petang dan ia dikatakan bermula dengan
pertengkaran mulut antara suspek dan mangsa akibat cara pemanduan yang
tidak betul.
“Namun ia berakhir apabila suspek secara tiba-tiba mengeluarkan senjata kapak dari dalam keretanya,” katanya.
Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah
0 orang berkata:
Post a Comment