Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LANTAK LE BUNYI HON


Tiga laporan polis diterima kes bunyi hon
Najmuddin (tiga, kiri) di Majlis Perjumpaan Pesara Polis Negeri Johor yang turut dihadiri Timbalan M
Najmuddin (tiga, kiri) di Majlis Perjumpaan Pesara Polis Negeri Johor yang turut dihadiri Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
 
JOHOR BAHRU - Polis Johor menerima tiga laporan berhubungan komen-komen di laman sosial yang menyentuh sensitiviti agama berkaitan tular kes seorang lelaki membunyikan hon di Surau Austin Perdana, Taman Austin Perdana, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, pihak polis sentiasa memantau kes berkenaan dan telah mengenalpasti beberapa akaun Facebook yang mengeluarkan komen negatif sehingga menyentuh isu perkauman dan keagamaan.

Katanya satu unit siasatan khas di Bukit Aman akan menyiasat semua report yang berkaitan dengan komen negatif berkenaan.

"Perkara itu dalam siasatan oleh unit siasatan khas di Bukit Aman, mereka akan kumpulkan semua report yang berkaitan.Setakat ini di Johor kita telah menerima tiga report dan kita  cuma memantau semua laporan di negeri ini dan saya akan rujuk ke Bukit Aman, hanya satu unit sahaja yang akan siasat.


"Pihak polis ada pasukan yang sentiasa memantau siapa sahaja yang memberi kenyataan untuk menyemarakkan keadaan panas ini dan tindakan akan diambil," katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Persatuan Pesara Polis Negeri Johor di Ibu Pejabat Kontijen Johor, di sini, hari ini.

Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan keadaan kecoh di sebuah solat Jumaat kelmarin.

Memetik kenyataan di laman Facebook Malaysian Response Team, video kekecohan itu dikatakan berlaku di Surau Austin Perdana Johor Bahru.

Difahamkan, kekecohan timbul gara-gara tindakan pemilik sebuah kereta membunyikan hon ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

8 orang berkata:

Anonymous said...

oiii lebai... korang ingat sokong parti ngang ko tu satu2nya jalan masyuk ke syurga ker?? korang ingat jadi ulat taik penyamun tu bole masyuk ke syurga ker??


Cehhh!!!

Anonymous said...

Insya Allah dengan rahmat Allah.

Anonymous said...

Perasmian tukun tiruan di pantai zimbabwe:

Tn guru lebai dol turut datang merasmikan parti lebai yang telah dijadikan tukun tiruan oleh menteri perikanan zimbabwe. Nasib baik aku sempat lompat keluar

Anonymous said...

Mulut kapirkan orang camner nak masyuk syurga?

Anonymous said...

Nak masuk syurga kena mintak maaf kat suma orang dan ahli parti lain yg pernah dia kafirkan, munafikkan, sesatkan, baruakan, babikan, anjingkan dll.

Bukan kerja senang tu. Kena jumpa sorang2 dan mintak maaf. Itu pun kalu org tu maafkan. Kalu org tu tak maafkan, ke neraka ler jawapnya.....

Anonymous said...

Nak tanya.
Kenapa yek pas tak bagi jawatan kat mustafa? Sbb dia dah tua ker?

Tapi hadi pun dah tua jugak kan?

Anonymous said...

Terjun ke laut jadi tukun.
Malang oh malang.

Anonymous said...

Lebai Zimbabwe ikut rasmi projek tukun.
X lama lg parti 60 tahun ikut sama jadi tukun.
Lebai malang terjun dgn labu2 nya

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.