Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS PERLU GANTUNG BUAT SEMENTARA WAKTU SEHINGGA .............

Jawatankuasa Pas Pusat akan buat keputusan
Idris Ahmad

SHAH ALAM – Keputusan akhir mengenai tahaluf siyasi Pas dengan PKR akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pas Pusat.

Ahli Majlis Syura Ulamak Pas, Idris Ahmad berkata, ini kerana majlis itu hanya membuat keputusan berdasarkan hukum selepas sesuatu usul itu diterima di peringkat muktamar.

“Selepas majlis dapat keputusan, ia akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pas Pusat untuk menentukan sama ada mahu melaksanakan keputusan itu ataupun tidak.

“Ini kerana Jawatankuasa Pas Pusat menguruskan dari aspek strategi politik, manakala majlis pula buat keputusan berdasarkan hukum,” katanya, semalam.

Sebelum ini, perwakilan di Muktamar Tahunan Pas ke-63 sebulat suara meluluskan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR.

Difahamkan, usul itu akan dirujuk kepada majlis itu yang akan bermesyuarat secepat mungkin bagi membuat keputusan berhubung kerjasama antara dua parti berkenaan.

Menurut Idris yang juga Naib Presiden Pas, Jawatankuasa Pas Pusat dua tahun lalu telah bersetuju memutuskan hubungan dengan DAP setelah mendapat keputusan hasil kajian daripada majlis itu.

Katanya, proses memutuskan hubungan dengan PKR dijangka mengambil sedikit masa sama seperti dilakukan ke atas DAP sebelum ini.

Sementara itu katanya, Majlis Syura Ulamak belum menetapkan tarikh untuk bermesyuarat bagi membincangkan mengenai kerjasama politik antara parti Islam itu dengan PKR.

Katanya, mesyuarat itu tidak akan diadakan hari ini seperti dihebahkan media dan beliau juga belum dimaklumkan.

6 orang berkata:

Anonymous said...

Mana mungkin majlis syoruu ..oops! Majlis syura putuskan dgn pkr, nanti lebai2 di selangor termasuk lah din ayam akan miss soruu.

Lebai lebong lebat, nampak karung duit semua meleleh air liur mcm anjing.

Anonymous said...

Muktamar kata dah bercerai..skrg mtk digantung tak bertali pulak. Dasar putarbelit Parti Ajaran Syaitan.

Anonymous said...

Bgus la demo oyak gitu , senang ket kawe pulas gang demo lps nim ..

Anonymous said...

PAS..Parti Ajaran Syaitan berketuakan dajjal.

Anonymous said...

MCM sial majlis ularmak tu

Anonymous said...

Pas parti mata duitan @ parti fulusikom

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.