Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NAK JUAL BANDAR ?

Najib batal perjanjian Bandar Malaysia?
Najib batal perjanjian Bandar Malaysia?
 
RAMAI pihak tertanya-tanya apakah punca sebenar pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia seperti diumumkan TRX City Sdn Bhd, kelmarin.

Mengikut kenyataan TRX City Sdn Bhd, syarikat di bawah Kementerian Kewangan, SSA Bandar Malaysia dengan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) telah dibatalkan berikutan kegagalan pihak pembeli menunaikan tanggungjawab pembayaran.

Namun sesetengah pihak pula menyangkal dakwaan tersebut, sebaliknya menuduh kerajaan China enggan meluluskan perjanjian firma milik negara itu dengan IWH yang berpangkalan di Johor.

Malah, yang lebih mengejutkan ialah kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membatalkan perjanjian itu berikutan PRU14 akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Sin Chew Daily, demi berusaha mengekalkan tampuk pemerintahan, Najib terpaksa mengambil keputusan menangguhkan perjanjian itu buat sementara waktu kerana bimbang kehilangan sokongan pengundi Melayu, terutama golongan konservatif.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menerus menuduh kerajaan menggadaikan maruah negara dengan menjual Bandar Malaysia kepada China. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan Mahathir tidak boleh dipandang remeh.

"Akhirnya Najib terpaksa ambil keputusan menangguhkan perjanjian jualan saham itu dan hanya akan membuka semula rundingan selepas berakhirnya PRU14," tulis akhbar ini.

Akhbar itu turut menulis, pembatalan perjanjian ini membolehkan kerajaan menguasai sepenuhnya projek Bandar Malaysia, sekali gus tidak akan memberi peluang kepada parti pembangkang menggunakan isu tersebut sebagai modal politik mereka.

"Pembatalan ini turut didorong oleh kegagalan pihak pembeli menunaikan janji melakukan pembayaran, maka sebab itulah kerajaan sendiri mengambil keputusan tidak lagi bekerjasama dengan IWH CREC Sdn Bhd."

Perjanjian tersebut membabitkan 60 peratus modal terbitan dan berbayar Bandar Malaysia Sdn Bhd bernilai RM7.41 bilion.

Keseluruhan pembangunan Bandar Malaysia dipercayai membabitkan kos kira-kira RM200 bilion.

Berikutan perkembangan ini, Kementerian Kewangan selaku pemegang tunggal kepentingan TRX City akan mengekalkan pemilikan 100 peratus terhadap kawasan berkenaan.

TRX City akan mempelawa mana-mana pihak berminat sebagai pemaju induk Bandar Malaysia dengan pemilikan penuhnya dikekalkan oleh Kementerian Kewangan.

Perdana menteri dapat dana pilihan raya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan memasukkan dana pilihan raya ke dalam akaun sendiri kerana tidak tahu bagaimana hendak menguruskannya.

Ia didedahkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz seperti disiarkan Oriental Daily.

Menurut Mohamed Nazri, dana  tersebut  diperoleh Najib ketika beliau buat pertama kalinya memimpin BN menghadapi PRU sebagai perdana menteri.

"Setiap kali apabila menghadapi persiapan PRU, Pengerusi BN perlu mendapatkan dana yang mencukupi. Bukan senang nak kumpul dana dengan jumlah yang banyak.

"Apabila beliau pertama kali mengetuai BN hadapi PRU, beliau tak tahu nak dapatkan dana daripada siapa. Akhirnya putera raja Arab Saudi sudi memberikan kepadanya.

"Tetapi setelah dapat wang tersebut, beliau tak tahu nak simpan wang itu di mana, lalu beliau pun membuka satu akaun bank sendiri dan menyimpannya di situ," jelas Nazri yang tidak menyatakan berapa jumlah diperoleh perdana menteri itu.

Beliau menegaskan, perdana menteri sepatutnya tidak boleh disalahkan kerana menyimpan wang itu ke dalam akaun sendiri.

"Masalahnya ialah kedatangan sumber wang itu, sekiranya diperoleh dengan cara menyalahi undang-undang ataupun hasil daripada rasuah, ia sudah pasti bersalah. Tetapi, setelah diakui oleh putera raja Arab Saudi bahawa wang itu hasil derma, saya rasa perdana menteri tidak patut dipersalahkan," katanya.

Beliau berkata, bagi menghadapi pilihan raya, jumlah wang diperlukan BN adalah lebih kurang RM99 juta, termasuklah membayar wang deposit untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan wang perbelanjaan pilihan raya untuk setiap calon.

7 orang berkata:

Anonymous said...

Najib jual negara dan pemimpin PIS jual agama dan maruah, sanggup baham dedak. Elok sangat la bergabung, saling melengkapi. TAKBIR!

errr... pak karam walaunta jual nombor togel.

Ibu.Karina Safah said...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.

Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih.

Anonymous said...

Anon 7.35.. PH jual apa??? Jual air liur tabur fitnah
.....

Anonymous said...

Buto lah...UmNgok dan Pigs

Anonymous said...

Bagus la umno ni, tak jual bandar. Patutlah pas kejasama ug dgn umno.
Kah3

Sila kutip dedak di kaki mereka...

Anonymous said...

8.14..itu kerja hakiki lebai2 mung

Anonymous said...

Kenapa lebai tuang punahsihat 25% ketua penyamun diam menikus?

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.