Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BELUM ADA KEPUTUSAN

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah jumpa Adun BN
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah jumpa Adun BN
 
ALOR SETAR - Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong, Tan Sri Tunku Sallehudin Ibni Almarhim Sultan Badlishah kelihatan berangkat tiba di pekarangan Wisma Darul Aman kira-kira jam 3.05 petang, tadi. 
 
Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang lain kelihatan memasuki bangunan itu bermula seawal jam 2.45 petang.

Kehadiran Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah ke Wisma Darul Aman adalah bagi mengadakan pertemuan dengan semua Adun BN yang menyatakan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Pertemuan tertutup itu juga dikatakan akan menjadi penentu kepada kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Difahamkan, pertemuan itu bagi membolehkan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mendapatkan penjelasan dan kepastian mengenai konflik yang sedang berlaku terhadap pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Negeri Kedah dikhabarkan tidak terlibat dalam pertemuan itu.

Sebelum itu, Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Badrul Hisham Hashim sempat melambai tangan kepada pengamal media sebelum memasuki Wisma Darul Aman.

Timbalan Speaker Dun Kedah, Datuk Azmi Che Hussain juga sempat menyapa beberapa pengamal media yang berkumpul di pekarangan bagunan itu.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.