Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERENANG DILUMPUR

Lapan anak kapal TUDM CN235 dibawa ke Subang
Lapan anak kapal TUDM CN235 dibawa ke Subang
Anggota TUDM bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa mengharungi lumpur untuk sampai ke lokasi pesawat CN235 terhempas di kawasan pantai berdekatan Asam Jawa kira-kira jam 8.40 pagi tadi. - foto Bernama

KUALA LUMPUR - Lapan anak kapal pesawat CN235 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mendarat cemas di Pantai Kuala Selangor, dibawa ke Pangkalan Udara Subang bagi mendapatkan rawatan.

TUDM dalam kenyataannya hari ini menyatakan kesemua anak kapal itu diterbangkan dengan helikopter EC 725 dan mendarat di Pangkalan Udara Subang pada jam 10.18 pagi tadi.

Sejurus tiba di Pangkalan Udara Subang, doktor perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat pemeriksaan ke atas kesemua anak kapal itu.

Pesawat CN235 TUDM dilaporkan terhempas
Gambar viral keadaan pesawat CN235 milik TUDM yang dilaporkan terhempas pagi tadi.

Ia juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) dan penduduk di sekitar pantai Kuala Selangor yang memberikan bantuan awal kepada semua anak kapalnya.

Pada jam 8.50 pagi tadi, pesawat CN235 TUDM  itu yang membawa lapan anak kapal telah mendarat cemas di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor.

Lapan anak kapalnya selamat selepas dibantu oleh nelayan tempatan di kawasan itu. - Bernama

1 orang berkata:

XUMNO said...

Nampaknya ruang komen blog PakKara dah jadi papan iklan manusia laknat mempromosi kerja syirik dan haram untuk berjudi nombor. Harap admin buat sesuatu seperti menggunakan moderator untuk menghalang manusia hampeh ini mengajak maksiat.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.