Guan Eng tamatkan khidmat dua Adun PKR
SHAH ALAM - Dua daripada lima wakil rakyat PKR yang tidak mengundi
dalam usul tambakan laut pada sidang Dun Pulau Pinang tahun lalu
ditamatkan perkhidmatan sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan
kerajaan negeri (GLC) negeri itu.
Memetik laporan sebuah portal, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
berkata, pihaknya sudah tidak mempunyai keyakinan dua Adun tersebut
dapat berfungsi secara profesional dan berkesan.
“Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan
anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh
berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya apabila
saya jadi pengerusi,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: PKR hormati Adun tidak undi usul]
Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen, telah ditamatkan khidmatnya sebagai
pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak
syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.
Sementara Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.
Namun menurut Guan Eng, tiga lagi Adun PKR, Lee Khai Loon (Machang
Bubok), T Jayabalan (Batu Uban) dan Norlela Ariffin (Penanti) yang juga
berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno itu tidak terjejas.
Chin Wen mengesahkan menerima surat penamatan khidmatnya itu tetapi
enggan mengulas lanjut sementara Kah Peng masih belum mengulas mengenai
perkara itu.
Guan Eng menjelaskan bahawa kedua-duanya menimbulkan kemarahan
rakan-rakan mereka dalam kerajaan negeri apabila mereka sebelum ini
telah bersetuju untuk tidak menyokong usul Umno, yang dibentangkan oleh
Adun Pulau Betong, Muhammad Farid Saad November tahun lepas.
"Mereka kemudiannya menikam kami dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu.
"Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara
profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak
mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang
patut dibuat," katanya.
Sebelum ini, Chin Wen yang juga Whip PKR di Dewan Undangan Negeri
berkata mereka mengundi berdasarkan suara hati, manakala Kah Peng ketika
berucap di konvensyen PKR di Selangor berkata wakil PKR akan terus
mempertahankan kepentingan awam.
Memetik laporan sama, Guan Eng berkata kedua-duanya telah dimaklumkan
mengenai keputusan itu pada bulan Januari dan ia juga telah dibangkit
dan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
6 orang berkata:
Hahaha itulah permainan dap yg hampa agung agungkan.dulu dap permain Pas la ni pkr pula.mcm tu pun pkr tak sedar lagi nak pakat dgn dap juga.
Harap2 kali ni pkr bangun dari lena yg panjang...dan klo bleh jangan gadai agama ISLAM dan bangsa melayu kerana nk menang PRU akan datang...#istiqamahsehinggakemenangan
Berbeza pendapat je. Kena pecat.
2 adun PKR menzalimi DAP. Tindakan bersopan dan mesra oleh DAP rakan sekelambu PKR dan PAN. Ishhh..... ishhh ....... ishhh ........
Elok jugak tu... PKR kena jelaskan pendirian nak bersama PAS atau Pakatan Harapan. Kalau PKR pilih PAS... hebahkan segera. Ramai dok tunggu.. atau mungkin Azmin ja kot pilih PAS...
ugg uk
salomon outlet
mulberry handbags
louis vuitton handbags
true religion outlet
nba jerseys wholesale
oakley sunglasses sale
gucci outlet
michael kors handbags
los angeles lakers jerseys
chanyuan2017.03.20
Post a Comment