Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

hek eleh, rm 200,000 tak ada hal punya, buka mulut mencurah datang bantuan

Mat Sabu bakal muflis jika gagal lunas RM200,000
 Mohamad Sabu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu bakal berdepan risiko menjadi muflis jika beliau gagal melunaskan bayaran saman ke atasnya berjumlah RM200,000 selewat-lewatnya pada 11 Ogos ini. 

Setiausaha Agungnya, Anuar Tahir berkata jika saman itu gagal dibayar, Mohamad terpaksa berdepan tuntutan muflis oleh bekas Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar apabila sebutan kes itu diadakan pada tarikh sama.

Sehubungan itu, beliau merayu orang ramai yang melancarkan tabung untuk membantu Mohamad atau Mat Sabu agar menghubungi Wisma Amanah dengan segeara untuk menyelaraskan kutipan dana itu dan mengelakkan timbulnya fitnah.

“Beberapa pihak secara spontan telah melancarkan ‘Tabung Solidariti Mat Sabu’ untuk membantu beliau membayar saman tersebut.

“Namun untuk mengelakkan timbulnya fitnah berhubung kutipan ini, kami meminta pihak terbabit berhubung dengan kami terlebih dahulu. Dengan itu usaha pembelaan terhadap beliau boleh diselaras dan dilakukan dengan telus dan mengelak daripada sebarang pertikaian,” katanya pada sidang media di Wisma Amanah, di sini, hari ini.

Beliau mengulas perintah mahkamah pada 20 Mac 2014 yang memerintahkan Mat Sabu membayar RM200,000 kepada bekas timbalan pengarah SPR itu susulan kenyataannya berhubung isu ‘Projek IC’ di Sabah yang disiarkan dalam Harakah edisi 1-3 Februari 2013.

Turut disaman ialah bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Kenyataan itu dibuat semasa Mat Sabu masih menggalas jawatan Timbalan Presiden Pas.

Sehubungan itu, Anuar menggesa mana-mana pihak yang menggerakkan tabung itu supaya menghubungi Wisma Amanah di talian 03-62421511 untuk menyelaraskan kutipan dana tersebut.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.