Nik Aziz tak akan masuk Amanah jika masih hidup
KUALA LUMPUR - Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak
akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) sekiranya Allahyarham
masih hidup.
Ini kerana menurut Ahli Jawantankuasa Dewan Ulamak Pas Selangor
, Mohd Fadli Ghani, kesetiaan Allahyarham tetap bersama Pas sejak
sekian dahulu lagi.
Menurutnya, meskipun banyak parti serpihan lahir daripada Pas,
Allahyarham telah membuktikan perjuangannya selamanya hanya
bertunjangkan paksi Pas semata-mata.
"Allahyarham memilih Pas sebagai wadah perjuangan. Allahyarham
bercakap tentang Islam, beliau menyatakan keimanannya dan yang
paling indah, Allahyarham beristiqamah sehingga meninggal.
"Apabila Pas berpecah dan tertubuhnya Barisan Jemaah Islamiah
SeMalaysia (Berjasa), Allahyarham tidak keluar dari Pas dan sertai
Berjasa. Bila tertubuhnya Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim),
Allahyarham masih kekal dengan Pas. Pada masa itu Amanah tidak
tertubuh lagi, kalau Amanah sudah tertubuh tidak mungkin
Allahyarham akan menyertai parti baharu itu," katanya pada
program Mengenang Murobbi Ummah, di Myharakah Bazaar,
di sini, semalam.
Jelasnya lagi, Allahyarham adalah seorang pemimpin yang sentiasa
berpegang kepada prinsipnya.
"Allahyarham adalah seorang yang berpegang kepada prinsip kebenaran
.. Kerana itulah beliau setia dengan Pas hingga ke akhir hayatnya,"
katanya lagi.

7 orang berkata:
Memanglah kalau TG Nik Aziz masih hidup, dia tak kan masuk PAN sebab tak mungkin PAN ditubuhkan. Tak sedarkah penulis bahawa PAS zaman TG ada dah berbeza dengan zaman ketiadaannya.. Kalau itu pun tak dapat bezakan ..tak hairan jika penulis tak faham sebab penubuhan PAN.
Kau yg kena tendang dulu kot..
Setuju
Ingat pesanan tuan guru...jgn bersama umno..
Kalau tgna ada dan masih mursyidul am, agak-agak dia terima tak jawatan kluster macam harun din.
Sekarang ust taliban nak hujah ape plak bila mursyidul am dia boleh bermesra dengan zambry kadir.. dulu dia yg hasut demo kat depan sultan masa zambry rampas kuasa dulu.. ulamak lidah bercabang ke dis tuh...???
Ketua duster aku rasa sesuai kot...kahkahkah
Walaun mne blh beza kanyg baik atau x..janji wala je
Post a Comment