Anak kapal pesawat CN235 diberi rawatan perubatan
KUALA LUMPUR - Kesemua anak kapal pesawat CN235 Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) yang mendarat Cemas di Pantai Kuala Selangor telah
dibawa ke Pangkalan Udara Subang.
TUDM dalam satu kenyataan melaporkan, kesemua anak kapal ini
diterbangkan dengan helikopter EC725 dan mendarat di Pangkalan Udara
Subang pada jam 10.18 pagi hari ini.
Sejurus tiba di Pangkalan Udara Subang, doktor perubatan ATM telah membuat pemeriksaan ke atas kesemua anak kapal.
Terdahulu, pesawat berkenaan yang membawa lapan orang anak kapal
membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor jam 8.50
pagi tadi.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat CN235 TUDM terbakar, lakukan pendaratan kecemasan ]
Bagaimanapun pesawat itu dilaporkan selamat selepas dibantu nelayan tempatan yang berada di kawasan berkenaan.
Sementara itu, TUDM kini sedang menumpukan usaha untuk membawa keluar pesawat CN235 dari kawasan insiden.
Anggota pasukan Khas TUDM juga ditempatkan di kawasan insiden bagi mengawal keselamatan di tempat kejadian.
"TUDM ingin menyampaikan penghargaan dan terima kasih kepada APMM dan
juga penduduk di sekitar pantai Kuala Selangor yang telah memberikan
bantuan awal kepada semua anak-anak kapal," kenyataan itu dipetik.
1 orang berkata:
شركة سما الصقر افضل شركة ترميم حمامات بالرياض ، كثيرًا ما يتعرض المنزل إلى المشاكل المختلفة والتي يكون في حاجه شركة ترميم حمامات ، أو يمكن أن يرغب الشخص في أن يقوم بتغير ديكور المنزل في هذه الحالة فإنه يجب عليك التواصل مع شركة ترميم التي تحرص على أن تقدم هذه الخدمات إلى العميل بحرفية شديد.
شركة ترميم بالرياض
أفضل الطرق التي يمكن أن تقوم بخلالها بمهمة ترميم منازل بالرياض على أعلى مستوى
وايضا افضل شركة ترميم فلل بالرياض
ترميم حمامات
افضل شركة ترميم بالرياض
افضل شركة ترميم بالرياض
Post a Comment