'Tidak tahu mangsa ditipu'
JOHOR BAHRU - “Saya diarahkan buat transaksi sebagai pembantu
perniagaan dengan ambil bayaran daripada pelanggan ke akaun milik saya
sebelum wang diterima dipindahkan kepada penjual online berkenaan,” kata
Nurul Intan Syafinas, Abdul Kahar, 24, di Mahkamah Tribunal Tuntutan
Pengguna Malaysia (TTPM).
Ketika sesi pembelaan, penuntut universiti awam itu mengakui tidak
tahu mangsa telah ditipu peniaga online terbabit sehingga dia diminta
untuk ke mahkamah TTPM, di sini, sebagai penentang.
Ia berikutan mangsa, Norhayati Samsudin, 38, telah memfailkan tuntutan
selepas barangan dibeli pada 6 Disember tahun lalu, iaitu 36 helai baju
dan 20 beg tangan bernilai RM560 masih belum diterima sehingga kini.
Nurul Intan Syafinas bersetuju menjadi pembantu perniagaan untuk cari
duit poket. Setiap transaksi ke akaun peniaga online terbabit, dia
dijanjikan upah RM50 dengan alasan, wanita itu tidak mempunyai akaun
bagi memudahkan urusan bayaran pelanggan, selain tinggal di pedalaman.
“Tugas saya adalah perantara bagi pihak pelanggan dan peniaga online.
Saya tidak mengenalinya kerana tawaran pekerjaan ini saya peroleh
menerusi iklan di media sosial, selepas itu kami berhubung menerusi
WhatsApp. Saya memulakan tugas sejak 3 Disember lalu dalam masa
seminggu.
“Sepanjang tempoh itu, saya telah melakukan tujuh transaksi melibatkan
jumlah bayaran pelanggan lebih RM10,000 dan sepatutnya peniaga online
terbabit bayar upah dijanjikan, RM350 namun sehingga kini saya belum
terima, malah dia juga menghilangkan diri.
Menurutnya, selepas menerima wang pelanggan, urusan penghantaran
barangan dibuat sendiri oleh peniaga online terbabit dan penentang tidak
tahu sama ada barangan pelanggan telah diterima atau sebaliknya.
Menyedari telah ditipu peniaga online terbabit, Nurul Intan Syafinas
yang berasal dari Pahang telah membuat laporan polis di Balai Polis
Pekan, 11 Disember lalu.
Sementara itu, Norhayati sebagai pihak yang menuntut juga mengakui
membeli tujuh barangan, namun yang selebihnya adalah milik rakan
sekerjanya yang berhasrat membawa pulang ke negara asal sebagai hadiah
kepada keluarga.
“Saya terlihat iklan di Facebook dan tertarik beli barangan dijual
kerana harganya murah iaitu RM10 setiap satu. Namun tak sangka ditipu,
malah terpaksa menggantikan wang rakan saya kerana barangan dibeli masih
tidak diterima,” katanya.
Sementara itu Presiden TTPM, Bernard John Kanny dalam penghakimannya
berkata, mengikut Seksyen 3 Akta Pengguna 1999, Norhayati membeli
barangan itu bukan untuk kegunaan sendiri, justeru penentang juga tidak
boleh dikategorikan sebagai pengguna.
Beliau juga membatalkan tuntutan di TTPM dan menasihatkan Norhayati memfailkan kes berkenaan di mahkamah sivil.
1 orang berkata:
pandora outlet
mbt shoes
cheap oakley sunglasses
christian louboutin
michael kors outlet online
canada goose outlet
michael kors outlet
fred perry clothing
oakley sunglasses wholesale
pandora charms
chenminghui20180327
Post a Comment