Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENA TINJAU SELALU JIKA BANGLA DATANG


‘Flip flop’ isu pekerja asing ada kaitan dengan PRN Sarawak?
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Pas mendakwa sikap ‘flip flop’ kerajaan terhadap kes kemasukan pekerja asing ke negara ini ada kaitan dengan Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya percaya pembekuan pengambilan pekerja asing secara total dalam sekelip mata berkemungkinan hanyalah taktik sementara mengelakkan isu ini daripada menjadi isu utama di PRN Sarawak nanti.

“Ini kerana isu pengambilan warga asing secara besar-besaran ini adalah isu yang merentas kaum, agama dan politik dan ia sudah pasti memberi kesan kepada BN di PRN Sarawak.

“Isu ini akan meletakkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang kuat berkempen untuk menguatkan rakyat tempatan Sarawak sendiri dalam keadaan tersepit sekiranya beliau menyokong pengambilan pekerja asing tanpa menyelesaikan masalah kerja dan kehidupan yang sedang menyelubungi rakyat Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pembekuan pengambilan itu berkuat kuasa serta-merta sementara kerajaan mengkaji semula program levi dua peringkat untuk pekerja asing.

Sehari sebelumnya, Bangladesh dan Malaysia telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun.

Namun, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menjelaskan jumlah 1.5 juta pekerja Bangladesh itu bukan untuk Malaysia sahaja sebaliknya untuk diagihkan ke 139 negara.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, hari ini kerajaan boleh menyalahkan majikan kononnya mereka yang flip-flop dalam pengambilan warga asing.

“Tapi, benarkah begitu kerana pelan perniagaan dan sumber manusia tidak akan secepat para menteri BN berubah keputusan?

“Rakyat tunggulah dan lihatlah apakah alasan kerajaan ketika itu pula untuk membolehkan pengambilan warga asing semula. Besar kemungkinan rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu,” katanya.

Katanya, rakyat di negara ini terutamanya di Sarawak sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan untuk membawa sebegitu banyak warga asing ke negara tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos hidup, mencari kerja dan suasana sosio-politik yang kian berubah kerana pertambahan warga asing yang begitu mendedak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Bayangkan perasaan warganegara sendiri apabila melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur.

“Warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah dan ada yang tiba-tiba menjadi Bumiputra kerana mengahwini orang Bumiputera tempatan dan mendapat hak yang sama, malah ada yang lebih baik daripada warganegara sendiri,” katanya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Pfffttt... titm... jap gi kalu tuan presiden cakap takpe bawak masuk bangla, itu satu jihad membantu sesama umat islam.. konpem titm pusing 360 darjah punyalah.. kaki u turn.. kahkahkah..

Anonymous said...

Apa kurang dengan Pak karamutui ni .otaknya mula berkembang tetapi bila Hadi jerkah aje kecut bagai telur kambing.nak tinjau bangla ni tunggu nasihat Hadi dulu .kau jangan pandai2.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.