Pas letak calon bukan Islam di Sarawak memang praktikal
SHAH ALAM - Penganalisis politik melihat strategi Pas yang meletakkan
calon bukan Islam dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak bersesuaian
dengan demografi pengundi di negeri itu yang pelbagai kaum.
Namun, Pensyarah Fakulti Sains Sosial dari Universiti Malaysia Sarawak
(Unimas), Prof Madya Dr Jeniri Amir mengingatkan Pas bahawa itu bukan
jaminan kemenangan parti Islam tersebut.
“Di Sarawak ini, Pas memang tidak boleh bergantung dengan calon Islam
semata-mata. Pas mengambil langkah yang praktikal apabila menyesuaikan
calonnya itu dengan demografi penduduk pelbagai etnik, budaya dan agama
di Sarawak.
“Tetapi walaupun strategi itu tepat namun langkah itu tidak menjamin
bahawa Pas akan dapat memenangi sebarang kerusi di Sarawak disebabkan
hakikat bahawa imej dan reputasi Pas yang dilihat ekstrem dan radikal.
“Lebih-lebih lagi perjuangannya untuk menegakkan hukum hudud yang
bercanggah dengan pegangan kepercayaan dan budaya masyarakat pelbagai
kaum,” katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, Pas mengumumkan untuk mengetengahkan calon bukan Islam buat pertama kali dalam PRN Sarawak.
Mengulas lanjut, Dr Jeniri berkata, sokongan untuk Pas di negeri itu
memang ada namun ia tidak cukup kuat untuk memenangkan parti itu dalam
pilihan raya nanti.
“Sejak melangkah ke Sarawak dalam pilihan raya sebelum ini, memang
tidak dinafikan sokongan terhadap Pas memang ada peningkatan tapi tidak
cukup kuat untuk memungkinkan Pas menang walaupun tampil calon bukan
Islam.
“Jadi, Pas tidak harus terperangkap dan terpedaya dengan kes yang
hampir menang di Beting Maro (PRN Sarawak 2011) apabila calonnya hampir
menang tapi itu bukan tandanya Pas mendapat sokongan. BN tidak mendapat
majoriti gara-gara masalah dalaman bukan kerana Pas di situ kukuh,”
katanya.
1 orang berkata:
pandora outlet
mbt shoes
cheap oakley sunglasses
christian louboutin
michael kors outlet online
canada goose outlet
michael kors outlet
fred perry clothing
oakley sunglasses wholesale
pandora charms
chenminghui20180327
Post a Comment