Ahli perniagaan seleweng dana program IPT ditahan
SHAH ALAM - Seorang ahli perniagaan yang merupakan pemilik sebuah syarikat di utara tanah air ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah selepas disyaki terbabit dalam penyelewengan tuntutan peruntukan penganjuran 11 program Institut Pengajian Tinggi (IPT) membabitkan nilai hampir RM 190,000.
Menurut sumber SPRM, siasatan dibuat berikutan aduan yang diterima berhubung penyalahgunaan dana Pusat Kecemerlangan IPT di utara Malaysia oleh kontraktor terbabit sekitar tahun 2013 hingga 2014.
"Lelaki berusia 30-an ditahan di rumahnya sekitar jam 11 pagi tadi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan. Dia dipercayai mempunyai pertalian persaudaraan dengan seorang lagi individu yang telah ditahan SPRM Kedah dua minggu lalu.
Sementara itu Pengarah SPRM Negeri Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan penangkapan dan siasatan
sedang dijalankan terhadap kontraktor terbabit.
"Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM
2009, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20
tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan
atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi," katanya.
Menurut Fauzi, beberapa tangkapan lagi membabitkan kes yang sama akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk membantu siasatan.
1 orang berkata:
PARTI PENJUAL AGAMA PAS DITIPU PARTI PENYAMUN UMNO.
Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan dalam konteks negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, UMNO selaku sebahagian komponen parti pemerintah bersikap jujur dalam perkara berkenaan sejak isu hudud ditimbulkan oleh Kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS.
“Untuk kuasa, satu parti memainkan isu pelaksanaan hudud seolah-olah ia teramat penting dalam Islam berbanding mempromosikan konsep keadilan, ketelusan, urus tadbir baik yang lebih penting daripada hukuman hudud.
“Hudud hanya komponen kecil dalam perundangan Islam membabitkan enam jenayah iaitu zina, mencuri, bersekedudukan, rompakan, minum arak dan murtad,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Kebangsaan, di sini, hari ini.
Asyraf berkata, keperluan untuk mendapatkan bukti yang disyaratkan terlalu sukar untuk tujuan pendakwaan, seperti bilangan saksi dan keperibadian saksi itu. Katanya, tiada mana-mana pihak boleh mengatakan hukum Allah SWT tidak relevan, tetapi apa yang diperdebatkan ialah perkara yang ditekankan dalam sistem keadilan.
“Jika kita tidak boleh mendapatkan keadilan dalam pelaksanaan hudud, maka lebih baik kita mengambil pendekatan berbeza. Islam bukan hanya hukuman tetapi menegakkan keadilan,” katanya lapor Free Malaysia Today
KAH KAH KAH!!!
Post a Comment