Malaysia sertai operasi tentera ‘penting’ di Arab Saudi?
RIYADH - ARAB SAUDI. Malaysia dilaporkan turut bersama dengan kira-kira
20 negara lain dalam misi ketenteraan besar-besaran yang disifatkan
‘terpenting’, lapor portal Al Arabiya, semalam.
Menurut agensi berita Arab Saudi, SPA, gabungan itu untuk menghantar
mesej jelas Riyadh dan sekutunya menentang semua cabaran dan
mempertahankan keamanan serta kestabilan serantau.
Namun SPA tidak menyatakan secara terperinci tentang tempoh operasi itu bermula dan berakhir.
Pengumuman semalam itu dibuat selepas kerajaan itu mengerahkan pesawat
perang ke pangkalan udara Turki untuk memperhebatkan operasi menentang
IS di Syria.
Arab Saudi kini sedang giat berkempen menentang ‘keganasan’ pemberontak yang disokong oleh Tehran di Yaman.
Selain Malaysia, beberapa negara lain yang mengambil bahagian termasuk
Chad, Mesir, Jordan, Maghribi, Pakistal, Sinegal dan Tunisia serta lima
sekutunya dalam Majlis Kerjasama Teluk.
Menurut sumber Arab Saudi, ahli pakatan baharu anti keganasan akan
berkumpul di negara itu bulan depan untuk pengumuman secara rasmi.
0 orang berkata:
Post a Comment