Umno Johor akur penggantungan Muhyiddin
PASIR GUDANG - Umno Johor akur dengan penggantungan jawatan Tan Sri
Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti, berkuat kuasa
serta-merta.
Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau
percaya pasti ada yang suka dan tidak dengan keputusan dibuat Majlis
Tertinggi (MT) Umno.
Bagaimanapun, menurutnya, ahli Umno perlu terus bergerak dalam parti sekali gus menerima keputusan yang sudah dibuat MT.
"Dari awal saya mengiringi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
dan saya tidak hadir mesyuarat MT berikutan menggantikan Tuanku yang
tidak berkesempatan hadir di sini (Perasmian Festival Layang-layang
Sedunia Pasir Gudang).
"Saya tidak tahu apa yang dibincangkan dalam mesyuarat itu, tetapi
kalau diambil dari kenyataan dibuat akhbar dan juga MT, ia merujuk pada
soal betapa perlunya Timbalan Presiden itu membantu menjayakan
tanggungjawab Presiden parti.
"Saya percaya apa pun keputusan dibuat akan ada yang suka dan tidak
suka, tetapi hakikatnya, kita perlu bergerak dalam parti dan keputusan
sudah dibuat MT. Saya percaya dan akur," katanya ketika diminta mengulas
keputusan sebulat suara MT Umno menggantung jawatan Muhyiddin selaku
Timbalan Presiden parti, hari ini.
Mohamed Khaled yang juga Menteri Besar Johor berharap Umno negeri ini,
dapat terus melaksana dan meletakkan keutamaan dalam agenda penyatuan
parti.
Ditanya sama ada prestasi Umno Johor terjejas dengan keputusan
berkenaan, Adun Permas itu memberitahu jawatan Timbalan Presiden dipilih
dari seluruh negara dan bukan dari Johor semata-mata.
Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan perasmian Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang kali ke-21, di sini, hari ini.
1 orang berkata:
XUMNO...mari kita cuba nasib main no ekor seperti yg diiklan kan olih blog ahli tegar Pas ni Pakkaramu....ajak ahli2 jamaah ramai2.
Post a Comment