Rafidah gesa kerajaan jelaskan isu pengambilan pekerja asing
SHAH ALAM - Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menggesa
kerajaan agar menghentikan polemik dan pendebatan pengambilan pekerja
asing, sebaliknya menjelaskan isu sebenar kepada rakyat.
Katanya, sejak keputusan ‘flip-flop’ kerajaan berhubung isu kemasukan
1.5 juta pekerja Bangladesh, ia terus dipolemikkan dan pendebatan
mengenainya tidak pernah berkesudahan.
“Mereka yang bertanya dianggap sebagai ‘gila talak’, anti kerajaan,
anti Umno, sedangkan separuh abad saya berkhidmat untuk Umno, di mana
ketika itu ramai pemimpin muda pada hari ini (dalam Umno) masih berada
di ‘tadika’.
“Hanya kawan sebenar sanggup menghulur leher bagi memberitahu perkara
sebenarnya. Seseorang boleh mempunyai ramai kawan yang hanya berkata
mengikut kehendak seseorang itu mahu dan lebih suka mendengar tetapi
kemudian menanggung akibatnya,” katanya dalam status di laman
Facebooknya, semalam.
Bekas menteri Kabinet itu turut mempersoalkan sejak bila pandangan yang berbeza dianggap sebagai anti-kerajaan.
“Ingat kisah ‘maharaja tanpa baju’? Kita tidak mahu melihat kerajaan
berdepan dengan masalah yang tidak perlu hanya kerana keputusan dan
pengumuman yang menimbulkan kebimbangan dan boleh dieksploitasi pihak
musuh.
“Saya tidak pernah membenarkan diri saya menjadi pak turut kepada sesiapa. Ia tercatat dalam rekod saya,” katanya.
Rafidah bagaimanapun tidak berminat untuk kembali aktif dalam politik mahupun kerajaan jika tiada keperluan.
“Tetapi ini tidak bermakna saya, sebagai rakyat jelata, saya tidak
boleh menyuarakan pendapat saya, terutamanya apabila terdapat isu-isu
membabitkan kepentingan awam.
“Seperti orang lain, saya juga keliru dan tidak memahami apa yang berlaku kerana keputusan yang sering berubah-ubah,” katanya.
Rafidah berharap individu dalam kerajaan tidak lagi memberi pandangan atau penjelasan yang bercanggah dengan kehendak kerajaan.
“Apa yang penting adalah berkomunikasi dan berbincang dengan semua
pihak sebelum memutuskan sebarang perkara. Lantik seorang atau mana-mana
menteri untuk mengumumkan sebarang dasar kerajaan.
“Ini soal tanggungjawab. Setiap individu perlu menggembleng usaha dan
pemikiran untuk menjadikan setiap dasar adalah yang terbaik. Apabila
negara ditadbir dengan baik barulah keyakinan awam dapat dipulihkan,"
katanya.
1 orang berkata:
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
KLIK DISINI 4d 5d 6d
Post a Comment