kelibat mistik hantui pemandu
KULIM - Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak
kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui
pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi
sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut.
Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali
menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke
Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik.
Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim
mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan
sederhana.
“Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang
ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan
Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam.
“Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya
percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,”katanya.
Katanya, kerana sering berwaspada ketika melalui jalan itu perasaan
gemuruh dapat dikawal apabila terserempak kelibat mistik itu.
“Selalu sampai di kawasan ini, dekat Taman Seri Mahkota itu pada
tengah malam atau awal pagi, saya akan berwaspada dan mengambil
langkah memperlahankan kenderaan.
“Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang
berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan.
Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa.
“Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau
tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di
sini,”katanya.
Abd Samat berkata makhluk ini kebiasaannya akan muncul selepas
jam 10 malam dan ke atas dan suasana akan bertukar menjadi sunyi secara
tiba-tiba.
“Bayangkan ketika itu saya dan isteri melalui jalan itu, tiba-tiba lepas
saja sungai keadaan bertukar sunyi sepi dan kita dapat rasakan kenderaan
menjadi semakin perlahan.
“Bulu roma dan tengkuk mula rasa meremang, dan saya ternampak dari
jauh seorang wanita yang turun dari atas bukit bersama anaknya seolah-
olah berlari menuju ke arahjalan dan sekelip mata hilang.
“Saya dan arwah isteri ketika itu terdiam seribu bahasa, kereta yang
dipandu juga hampir terbabas mujur tak ada kenderaan lain di hadapan,
”katanya.
Tambahnya, melalui percakapan masyarakat setempat makhluk itu muncul
disebabkandahulunya ada seorang wanita mengandung dirogol sebelum
dibunuh dan mayatnya tidak dikebumikan dengan baik.
“Ramai cakap makhluk itu adalah jelmaan mangsa rogol yang ditanam
di atas bukit sana, sejauh mana kebenarannya saya juga tak pasti,”katanya.
Manakala, seorang lagi pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai
Azman,29 berkata, dia juga pernah mengalami pengalaman mistik beberapa
tahun lalu di kawasan
perindustrian Kulim Hi-Tech.
Katanya, pekerjaannya yang memerlukan keluar awal pagi dan pulang lewat malam
menyebabkannya malam.“Ada satu malam itu hujan renyai- renyai kira-kira pukul 2
pagi, saya dalam perjalanan pulang ke Taman Mutiara, Sungai Kob.
“Kebiasaannya waktu itu memang kenderaan tak begitu banyak tapi masih ada, tapi
mahu dijadikan cerita hari itu hujan renyai-renyai suasana pula saya rasa amat sunyi
sekali.
“Tak ada langsung kenderaan lalu, terutama apabila saya sampai di satu perkuburan
dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil BMR, memang rasa sejuknya lain macam,
”katanya.
Katanya, tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya juga menjadi perlahan dan terasa
amat berat sekali. “Saya yang rasa seram sejuk apabila lalu saja depan perkuburan
itu, motosikal pula seperti tidak mahu bergerak walaupun sudah puas saya pulas
minyak.
“Dalam kepala mula berfikir macam- macam, tapi sempat juga baca ayat-ayat suci
al-Quran walaupun sedar ayat yang dibaca tunggang langgang,”katanya.
“Hendak dijadikan cerita Ya ALLAH, apabila saya terpandang cermin sisi motosikal
ada sesuatu sedang berada di belakang, mengucap panjang saya.
“Motosikal juga hampir terbabas, entah bagaimana tiba-tiba bersilau mata saya akibat
kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kerana melihat saya
sudah memasuki arah bertentangan,”katanya.
Mengingati pengalaman “diekori” entiti hodoh itu Azman berkata ia seakan kepala
sedang terbang dan rupanya sangat menyeramkan.
“Pertemuan kali pertama dalam hidup saya itu membuatkan saya hampir demam, selama
ini saya tidak pernah mahu percaya cerita-cerita hantu, namun sebenarnya kita tak boleh
menafikan kewujudannya,”katanya.
Menurutnya, ramai juga menceritakan makhluk halus itu adalah jelmaan seorang wanita
yang dibunuh sebelum ditanam di salah sebuah tapak kilang yang beroperasi.
“Kadangkala wanita ini menunjukkan wajahnya yang lengkap berpakaian sari berkeliaran
di kawasan kilang dan hanya menunjukkan separuh mukanya, tapi sejauh mana kebenaran
saya pun tak tahu,”katany
a
0 orang berkata:
Post a Comment