Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KEMANA ARAH MUHYIDDIN ?

ATAS RASA KESIAN DAN SIMPATI PAS MENGUNDANG MUHYIDDIN MENYERTAI PARTI TERSEBUT, RASANYA MUHYIDDIN TAK PERLU MENYERTAI MANA-MANA PARTI, APA YANG DIA BOLEH BUAT IALAH MEMPERKEMASKAN DIRINYA DIDALAM UMNO WALAUPUN KUASANYA DIDALAM PARTI TERSEBUT SUDAH MENGECIL

TIDAK MUSTAHIL JIKA DIA MULA BERGERAK UNTUK MENDAPAT SOKONGAN DARI AHLI UMNO DI CAWANGAN ATAU BAHAGIAN MAKA DIA AKAN JUGA MENGHADAPI RESIKO YANG TINGGI, NAMUN RESIKO ITULAH YANG SEBENARNYA AKAN MEMBANTUNYA MENDAPAT SIMPATI YANG TINGGI DARIPADA MASYARAKAT UMNO,  - Pak Karamu


Pelawa Muhyiddin masuk Pas
Pas

KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan mempelawa bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang baharu sahaja digantung daripada jawatan Timbalan Presiden Umno untuk menyertai parti itu.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, situasi semasa kini jelas menggambarkan Umno sudah tidak berupaya membela umat Islam dan bangsa Melayu sebagaimana dilaung-laungkan selama ini.

“Meskipun Muhyiddin pernah mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi terhadap Pas sebelum ini, namun Pemuda Pas Kelantan sedia mencadangkan kepada ahli dan penyokong agar melupakan segala sengketa yang pernah berlaku demi perjuangan memartabatkan Islam di negara ini.

“Kita yakin dengan penyertaan Muhyiddin (dalam Pas), ia bakal menarik ramai penyokong setianya yang masih berada dalam Umno,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, Muhyiddin dan pengikutnya perlu disedarkan bahawa tidak ada lagi ruang untuk melakukan transformasi ke arah lebih baik sekiranya mereka kekal di dalam Umno.

“Sekarang masa untuk bekerja bagi memastikan Malaysia lebih selamat untuk didiami selepas PRU14 nanti,” katanya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno tiga hari lalu memutuskan Muhyiddin digantung jawatan Timbalan Presiden Umno serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang.

Penggantungan tersebut dikaitkan dengan tugas beliau sebagai orang nombor dua dalam Umno dilihat agak goyak selepas sering mengkritik secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Masuk PAS mcm masuk UMNO... baik tak payah. Elok la TSMY bergerak sendiri... beliau masih ahli UMNO. Bukan mcm Ustaz Nasha.. ahli PAS tapi mesraaaaa UMNO... buat keja untuk BN.. PAS rak pecat pulak. ...

Unknown said...

Sdgkan sampai sekarang mat sabu x boleh tarik crowd inikan plk muhyidin yg x de sokongan akar umbi..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.