Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TERSERLAH NIAT DAP BILA BERI TAWARAN KEPADA MELAYU SERTAI PARTI ITU

DAP memang mahu jadi ketua
Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff
Kamarul Zaman

KOTA BHARU - Masalah dalam PR sebelum ini berpunca daripada keinginan DAP untuk menerajui pakatan tersebut dalam masa sama tidak mahu Pas menjadi peneraju, kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Menurutnya, beliau bersetuju dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendedahkan kelantangan DAP menentang Pas bukan disebabkan hudud semata- mata sebaliknya tidak mahu Pas menjadi ketua dalam mentadbir negara pada masa hadapan.

[ARTIKEL BERKAITAN: DAP tak mahu Pas jadi ketua]

“Perkara ini bukan suatu yang baru, kerana DAP sudah sekian lama melakukan tindakan  menggambarkan mereka ingin menjadi ketua, memang betul apa yang diperkatakan Datuk Tuan Ibrahim (DAP punca perbalahan PR), malah berdasarkan perkembangan semasa tidak mustahil jika perkara sama berlaku dalam Pakatan Harapan kelak.

“Bukan sahaja dalam bab hudud, tetapi dalam beberapa isu lain seperti pilihan raya kerajaan tempatan, penukaran agama anak dan hak orang Islam untuk keluar dari agama pun DAP lebih cenderung membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada rakan komponen lain,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada 2 November 2014 lalu pernah mengumumkan perancangan menubuhkan kerajaan negeri di Kuala Lumpur jika berjaya menguasai Putrajaya yang dibuat tanpa berunding dengan Pas dan PKR.

Kamarul Zaman mendakwa, hasrat DAP untuk menjadi ketua turut terserlah dalam tindakannya mengemukakan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan menjadikan parti itu lebih dominan dalam politik negara apabila kawasan bandar dikuasai dapat dipecahkan kepada kawasan kecil.

“Selain itu, keinginan DAP itu juga jelas kelihatan di Selangor sejak Oktober 2015, bila Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, mengumumkan hasrat meletakkan calon di lapan kerusi Dun yang kini dikuasai Pas pada PRU14 nanti,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Kluster Perpaduan Ummah, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim) berkata, situasi sama boleh dilihat di Sarawak apabila DAP mengumumkan untuk bertanding di  21 kerusi Dayak dalam PRN itu sedangkan kebanyakan kerusi tersebut sebelum ini ditandingi oleh PKR.

“Ini belum dikira lagi usaha DAP cuba menerobos kawasan pendalaman Melayu Bumiputera di tempat-tempat lain selain kesungguhannya merekrut Melayu untuk menyertai mereka yang kesemuanya menunjukkan hasrat DAP untuk menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang,” katanya.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan), Universiti Utara Malaysia itu berkata, ini kerana DAP mempunyai ideologi dan pendirian yang jelas serta tegas dalam isu-isu tertentu menyebabkan pemimpinnya sukar menerima pandangan pemimpin daripada rakan komponen lain.
“Sikap pemimpin DAP yang sentiasa menganggap diri lebih baik daripada pemimpin pembangkang menyebabkan mereka ingin menonjol dalam hampir kesemua isu yang secara tidak langsung menampakkan mereka sedang meletakkan diri sebagai ketua,” katanya.

1 orang berkata:

Unknown said...

Tu pun masih ada melayu yg tak reti bahasa dan masih kata dap relevan dgn politik pembangkang.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.