Pas Kedah tetap bersama PKR
ALOR SETAR - Pas Kedah konsisten dengan pendirian hanya bersama PKR dan
mana-mana parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
menerima asas perjuangannya untuk kesejahteraan rakyat menerusi tahalluf
siyasi.
Pesuruhjaya, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, oleh itu
tidak berbangkit soal menerima pelawaan Pakatan Harapan untuk bersama
gabungan itu sama ada di peringkat negeri atau pusat.
“Hari ini rakyat melihat parti komponen Pakatan Harapan berselisih
dalam sesuatu isu kesan dari pemakaian konsep ‘setuju untuk setuju’,
sedangkan masing-masing memiliki ideologi perjuangan yang berbeza.
“Begitu juga pembentukan kerajaan negeri Kedah dari BN yang dipimpin
Menteri Besar baharu (Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah) tidak dapat
menunjukkan arah tuju jelas untuk menjadikan ‘Kedah senang’,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas terhadap tawaran Pakatan
Harapan Kedah untuk parti Islam itu bersama mereka sebagai persiapan
awal menentang BN pada PRU14.
Menurutnya, rakyat Kedah yang bermaklumat sentiasa mengikuti
perkembangan politik dan Pas sentiasa komited melaksanakan tanggungjawab
mewakili mereka memberi pandangan dalam ruangan demokrasi yang
diamalkan.
“Rakyat Kedah tertanya-tanya, apakah perancangan yang diuar-uarkan
dalam manifesto BN akan masuk ke makmal transformasi kali kedua apabila
berlaku pertukaran menteri besar,” katanya.
Kelmarin, Pakatan Harapan mengakui masih membuka pintu untuk Pas
bersama gabungan yang disertai PKR, Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP
sebagai persiapan awal menghadapi PRU14.
Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, sesiapa yang
mempunyai visi yang sama iaitu untuk menumbangkan BN, dialu-alukan
bersama Pakatan Harapan.
2 orang berkata:
bercakap tu pandang2 .berhujah tu biar cerdik ,nak bagi malumat tu biar dengan bukti .Pass tak wajar bersama Pakatan Harapan sebab ada DAP dan Amanah.Ustaz oi .nak tanya sikit ni .Di Selangor ni Pas bersma dengan parti mana? dengan PKR aje ke? atau ada juga DAP? mengapa dI Selangor ni bolih pulak Pas bersama DAP .adakah Di Selangor ni DAP jenis muslim sejati? ,apalah punya otak.mengapa bodoh sangat ni .kalau nak bangang tu bialh berpada.
Woi bodoh bangang...masa tu PAS menang dlm PR dan tak berbangkit langsung persoalan PR dan ph diselangor..so selok eloknya PR yg memerintah di selangor dan parti yg dlm ph boleh berambus sbb ph ditubuhkan selepas PR menang diselangor..nk berhujah biaq la ada fakta jgn tonjol sgt bodoh kamu tu anon 4:22 dan memang dasar anjing dap kamu ni..sama2 lah kita tunggu pru14 ni yerr
Post a Comment