Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS KEKAL TEGAS DENGAN DASARNYA


Umno jangan terlalu teruja
Salim Mahmood
Salim Mahmood
 
ALOR SETAR - Pemuda Pas Kedah mengingatkan Umno supaya tidak terlalu teruja apabila parti Islam itu memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR seperti yang diusulkan pada Muktamar Tahunan Pas kali ke-63, baru-baru ini.

Ketuanya, Salim Mahmood berkata, ini menunjukkan ketegasan Pas terhadap mana-mana pihak dalam memastikan prinsip dan dasar Islam yang menjadi teras perjuangan Pas terus terpelihara mengatasi segala kepentingan, politik kuasa dan kebendaan.

“Pemuda Umno Kedah tak perlu gembira dengan keputusan Pas kerana kami sendiri tidak ada ikatan politik dengan Umno. Bahkan Umno sendiri tidak jauh bezanya kerana tak berani bertegas kepada rakan komponen BN untuk menegakkan syariat Islam dalam negara.

“Umno masih menyimpan kebimbangan dan tidak yakin pada diri sendiri untuk melaksanakannya walaupun menerajui pemerintahan. Begitu juga sayap-sayap Umno tidak berani menyuarakan perihal kelemahan, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam urus tadbir negara,” katanya.

Menurutnya, Pemuda Umno Kedah tidak perlu menjadi konsultan politik kepada Pas untuk bertahaluf siyasi dengan mana-mana pihak dan mengambil sebarang langkah politik.

“Pas tidak hilang punca apatah lagi berjalan di dalam kegelapan, akan tetapi kekal berdiri di atas paksi teguh untuk pertahankan dan meninggikan agama ALLAH.

“Pas sentiasa membuka pintu muzakarah bahkan telah lama membukanya kepada mana-mana pihak untuk membincangkan hal-hal berkaitan pelaksanaan syariat, pembangunan negara dan sebagainya atas dasar sebuah parti politik yang mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera,” katanya.

Jelasnya, dengan menggariskan syariat maka ia mestilah berteraskan Islam serta kesediaan melakukan islah (perdamaian) dan tajdid (pembaharuan) sebagaimana panduan al-Quran dan sunnah.

“Inilah masa terbaik untuk Umno kembali berpegang kepada tali ALLAH dalam segenap ehwal dan menginsafi serta bertaubat atas segala kesilapan dan dosa lalu dengan mencari serta memohon keampunan ALLAH.

“Umno perlu berubah kerana politik juga tertakluk kepada perhitungan dosa dan pahala di mana akhirnya kita akan kembali kepada ALLAH jua,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin memuji langkah berani Pas yang sebulat suara menyokong usul memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR pada Muktamar Tahunan Pas, baru-baru ini.

Beliau menyifatkan Pas mengorak langkah positif yang dilihat bertepatan prinsip dan pegangan parti itu selama ini.

24 orang berkata:

Anonymous said...

Dasar putarbelit peralatkan Islam menipu org melayu dan walaun2 yg tolol.

Anonymous said...

Harapan TGNA dahulu mahu melihat kemenangan Pakatan Rakyat (PKR + PAS + DAP ) seterusnya mentadbir Putrajaya. Dari kacamata beliau hanya Pakatan Rakyat sahaja dapat memperbetulkan sistem pemerintahan Malaysia yang kian bobrok/rosak dibawah umno/bn ketika itu. Semua rakyat tidak kira agama atau bangsa terbeban akibat salahlaku ini. Ketika itu UG menyembunyikan identiti diri khuatir akan ditemplak oleh TGNA. Tapi Allah sayangkan TGNA, beliau tidak sempat melihat perubahan ini. Inilah 'harapan' TGNA. Oleh itu Pakatan 'Harapan' diberi nama sebagai mengenang
dan meneruskan HARAPAN TGNA.
Ayuh tolak barisan pas kini yang jelas menghianati TGNA.
Semoga roh TGNA dicucuri rahmat.

Anonymous said...

Aku juga kecewa dengan dasar serta pendekatan Pas sekarang.
Kenapa perlu bersama umno?

Anonymous said...

Lagi baik natang bewok tu tak ada dlm PH. Tak gitu bhaii?

Anonymous said...

PAS TEGAS??!!! HAHAHA LEBAI NAMPAK DUIT SEGUNI TERUS GELAP MATA. Bila nak disaman Husam dan Rafizi? SR tu kasi saman cepat cepat. Walaunta pakat2 dah derma sorang RM5 masa muktamar haritu, tin milo pun dah sendat mendat dgn duit. Duit derma tu jgn guna buat bayar roadtax Porsche dah laa.

Anonymous said...

nak tau pas tegas ke pembohong tanya hasan ali la hahahaha.. hasan ali nak hapus arak suami pas abg lim.. pas tendang hasan ali mcm kucing kurap.. lepas kawin ngan abg lim tetibe je negara islam rupa2nya xda dalam quran.. g tanya hasan ali hahaha

Anonymous said...

Bersedialah dgn jawapan anda semua di akhirat nanti atas segala penghinaan & buruk sangka terhadap golongan ulamak yg ikhlas membela agama Allah.
Cakap banyak pun tak guna, silap2 menambah dosa je

Anonymous said...

ko x payah la ugut2 orang, ko sambung kerja ko doakan muslim lain jahanam demi politik dah la hehe..

Anonymous said...

marah nampak geng keldai. ikut suka pas lah. nak putus ke tidak. keldai tak payah MENYIBUK. JAHANAM betul geng keldai ni.

Anonymous said...

ugut dgn teguran pun dah tak boleh nak beza.

Anonymous said...

Maaf, bukan nak mengugut. Sekadar nak mengingati sesama Islam. Sejarah akan terus berulang. Di zaman khalifah dulu pun berlaku perpecahan sesama umat Islam. Ada golongan yg lebih percaya dgn hasutan yahudi @ musuh Islam. Akhirnya Khalifah Othman terkorban

Anonymous said...

lain kali jgn membontot orang.. sistem dan hukum khilafah yg khalifah2 kita jalani dulu x sama ngan sistem dan hukum demokrasi.. demokrasi itu sesuatu sistem atau hukum yg asalnya bercanggah dengan syarak tapi dapat keringanan dalam kaedah usul feqah sebab dah xda jalan lain.. jadi hukum yg pada asalnya bercanggah tadi telah jadi harus.. mcm harus makan babi la sebab xda jalan lain dah.. jadi ko makan sekadar boleh x sampai perlu taksub hehe..ape tah pula sampai doakan sesama muslim supaya jahanam.. hehehe.. jgn jadi bodoh dan memalukan keluarga ko sebab ko mengikut2..

Anonymous said...

taksub kat politik lagi berganda2 bodoh ngalahkan kerbau kat sawah hehehe

Anonymous said...

keringanan dalam usul feqah itu tujuannnya nak membendung dari mudarat yg lebih besar.. jadi tujuan org islam buat parti dalam sistem atau hukum demokrasi ni ialah nak membendung mudarat yg lebih besar.. bukan nak jual agama untuk kuasa.. mcm ko makan babi dikala xda jalan lain dah, hukum asal babi kan bercanggah dengan syarak tapi darurat dalam usul feqah dia jadi hatus, ko makan la sikit nak bendung darurat.. bukan ko ajak org taksub makan babi.. dah paham dah? takkan ko nak cakap kat orang kita boleh membina kesihatan yg baik dari makan babi ni hehe.. bendung je tu.. hukum asal dia kan bercanggah tu dgn syarak tu.. sama la sistem atau demokrasi itu asalnya bercanggah dengan syarak.. xkan ko nak tipu orang ramai yg islam boleh lahir dari sistem yg bercanggah dengan syarak? itu bohong dah tu namanya.. hehe..
bodoh membontot orang last2 jadi dungu..

Anonymous said...

Geng keldai @ walaon biol ramai dlm Pas parti lebai2 rasuah jual agama. Jd keldai tunggangan para lebai.

Anonymous said...

Nabi dan ulamak2 dulu mengislamkan ramai org2 kafir. Ulamak2 suu dan walaon biol Pas kerjanya mengkafirkan ramai org2 Islam. Parti Ajaran Syaitan.

Anonymous said...

Mengkafirkan orang tu bentuk teguran pas ker??

Anonymous said...

Kalu kita sebut paspig boleh tak dol?

Anonymous said...

Betol2

Anonymous said...

Ulamak apa benda klu kafirkan orang?

Nak jadi ulamak kena maki hamun orang kot??

Sapa bagi gelaran ulamak kat kaki maki hamun orang tu?

Anonymous said...

ULAMAK Q7 & ULAMAK VELFIRE

Anonymous said...

Ulamak jirat cina ada tak?

Anonymous said...

Ularmak topi germany

Anonymous said...

ULAMA' DGN ULARMAK TAK SAMA.
JAUH BEZANYA. MCM LANGIT DGN BUMI.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.